Thursday 17 December 2009

Penantian 20 Tahun, Macam Tak Cukup Bagus


Saya memang agak kritikal dalam berbicara tentang bolasepak Malaysia. Bukan setakat bolasepak Malaysia, malah juga bolasepak global. Saya kalau berbicara tentang bolasepak, saya bukanlah bersuara atas kapasiti sebagai seorang pemain bolasepak yang bagus. Saya hanya pemain biasa yang paling jauh pun sekadar mewakili kolej di peringkat universiti. Tetapi saya bersuara atas kapasiti sebagai seorang pemerhati bolasepak yang cukup teliti dan tetap. Saya juga maklum tentang bagaimana corak bolasepak yang boleh diiktiraf sebagai cantik, atau berkualiti.

Berbalik kepada kejayaan Malaysia menjuarai acara bolasepak di Sukan Sea Laos 2009, sejujurnya saya tidaklah begitu menaruh harapan yang tinggi pada pasukan kebangsaan. Hal ini kerana kualiti yang dipamerkan di peringkat liga tempatan yang masih dianggap masih di standard semi-pro. Saya tidak kisah sangat jika pendapat umum mengatakan yang sedemikian. Akan tetapi jika tiba di peringkat kebangsaan, kualitinya tetap sama seperti di peringkat liga, adalah malang bagi sesebuah negara untuk memajukan standard bolasepaknya.

Merujuk kepada permainan yang dipamerkan oleh pasukan kebangsaan di Sukan Sea Laos, seperti yang ditayangkan secara langsung, iaitu dua perlawanan di peringkat separuh akhir dan akhir. Mutu permainan, sekiranya ditanyakan pada peminat setia liga tempatan, mereka akan mengatakan inilah permainan terbaik pasukan kebangsaan. Saya faham mengapa mereka memperkatakan yang sedemikian. Saya merupakan seorang pemerhati bola sepak yang turut mengikuti perkembangan bolasepak Eropah, Amerika Selatan, dan Asia, secara teliti mahupun sepintas lalu. Bagi saya standard permainan yang ditonjolkan sebentar tadi tidak lebih hanya dalam lingkungan Asia Tenggara. Mungkin kali ini boleh diiktiraf sebagai yang terbaik di kalangan mereka.

Tetapi sekiranya kita bandingkan kualiti semasa pasukan-pasukan kebangsaan Asia Tenggara dengan pasukan Asia secara kasarnya, memang masih terlalu besar jurangnya. Saya mengikuti perkembangan, dan beberapa perlawanan liga Jepun dan Korea Selatan. Malah saya juga mengikuti secara khusus akan beberapa perlawanan AFC Champions League 2009 yang telah dijuarai oleh kelab dari Korea Selatan, Pohang Steelers. Barulah saya faham mengapa kedudukan Malaysia di ranking dunia masih di tangga ke-47 dari bawah, daripada jumlah 207 pasukan kebangsaan. Mutu permainan sebentar tadi menggambarkan kedudukan tersebut.

Menang dengan jumlah gol hanya 1-0, dengan satu-satunya gol yang tersebut dari segi kualitinya, dan corak jaringan mampu menterjemahkan rupa bentuk sebenar keseluruhan 90 minit permainan. Malah satu gol tersebut adalah gol jaringan sendiri pasukan lawan. Apakah kita tidak mampu untuk menjaringkan gol secara normal apabila bertemu Vietnam? Mungkin taktik jurulatih untuk mengambil kesempatan terhadap kegugupan dan kelam kabut pertahanan pasukan lawan tampak berjaya. Namun begitu, adakah itu kekuatan sebenar kita?

Persoalan yang saya ingin timbulkan ialah, adakah saya akan dianggap sebagai tidak patriotik, atau tiada semangat kenegaraan sekiranya terus-terusan mengkritik pasukan Malaysia?

Mungkin mereka tidak nampak apa yang saya nampak. Atau mungkin juga saya tidak nampak apa yang mereka nampak. Oleh yang demikian, pendapat saya, mahupun pendapat peminat-peminat bolasepak domestik, perlu dilihat sebagai sesuatu yang sepatutnya memberikan input yang positif buat pasukan kebangsaan, mahupun buat liga tempatan.

4 comments:

FataMorgana said...

kembalikan sokongan rankyat m'sia kepada pasukan bola sepak tanah air.... kita perlu yakin dengan kemampuan pasukan tempatan kita sendiri.

cari said...

rilek bro, kerja kita memang pengkritik kerana tanpa kritikan bolasepak msia takkan kemana-mana

Sir Shah said...

famous.. sy admit yg kita mmg perlu utk sokong pasukan kbngsaan. kalau bukan kita, siapa lg. tp sokong dgn harapan palsu, siapa yg mahu? so, kesimpulan pendek yg sy leh letakkan ialah, kita boleh sokong pasukan kbngsaan tp tidak boleh letak harapan.

situasi yg sy nk anda semua fikirkan ialah seperti berikut. ini adalah pengibaratan yg selari dgn masanya. suatu ketika beberapa tahun yg lalu sy pernah berbincang dgn rakan2 berkenaan dgn hal ini.

muzik tmpatan sekiranya tetap di'manja'kan oleh peminat2nya, maka ia tidak akan berkembang. kerajaan dok sokong mereka dgn mendesak rakyat membeli produk muzik tempatan, atas alasan menyokong industri muzik kita, sedangkan pemain2 dlm industri tersebut tidak mahu maju.

hal ini sy lihat apabila muzik2 trend tangkap leleh, tangkap jiwang, syahdu dan sewaktu dgnnya, tetap diberikan title 'rock' pd album2 kompilasinya. seolah2 ingin ditonjolkan bahawa inilah rock kebanggaan rakyat malaysia. malu kpd negara jiran kerana mereka sudah jauh meninggalkan kita dlm industri muzik.

begitulah halnya dlm bolasepak negara. sekiranya kita terus menyokong membabi buta, tanpa apa2 usaha pembaikan dan pemulihan dalam fam sendiri, maka bolasepak tempatan tidak akan ke mana. tangga ke 160 dunia bukanlah sesuatu utk dibanggakan. mungkin ianya akan meningkat pd penghujung bulan ini, hasil point drpd sea games. tp xbanyak mana pun sbb rata2 pasukan yg ditentang berkedudukan 120 dan ke atas.

sy fikir, kalau malaysia terus2an berbangga menang menentang pakistan dan myanmar di pestabola merdeka yg lalu, megah menang menentang timor leste dan kemboja di sea games, maknanya kita sendiri tau kt mana taraf sebenar kita di peringkat dunia.

Sir Shah said...

pencintaislamelayu.. di malaysia, pengkritik tiada tempatnya dlm pembangunan bolasepak xkira pd mana peringkat sekalipun. tp sebaliknya di jepun, korea, dan negara2 eropah. pengkritik seolah2 penentu hala tuju sesuatu pasukan. sy letakkan shabby singh sbg bapa pengkritik bolasepak malaysia. dia walaupun dipandang rendah oleh fam, tetapi diterima di peringkat asia, dan singapore. kenapa? sbb ilmunya. kita mengkritik bukan membabi buta.

sy letakkan permasalahan pembangunan bolasepak negara di bahu fam sepenuhnya. mungkin ada benarnya kata sathianathan ketika malaysia kalah 0-5 kpd uae awal tahun 2009. katanya, kelemahan pasukan negara kerana lemahnya liga tempatan. ada benarnya kerana 100% pemain negara bermain di liga domestik.

kalau liga kita bagus, pasukan luar, umpamanya kelab2 dari jepun, korea, yg dah berjaya di peringkat asia, datang menghantar scout mereka, utk dapatkan pemain2 kita. kita xperlulah mendabik dada, hanya ingin bermain di eropah, sehingga memaksa fam menaja sia2 beberapa pemain menjalani latihan bersama kelab2 eropah. bermain di jepun dan korea bukanlah sesuatu yg mengaibkan.