Monday 22 February 2010

Ketika Ini...

Keadaan di rumah pada waktu ini agak bingit dek bunyi-bunyian rumit. Saya tidak dapat menumpukan perhatian dalam menghasilkan suatu artikel berdaya fikir.

Biasanya, rumah ini akan sedikit sunyi dan tenang selepas jam 12 tengah malam. Akan tetapi hari ini abang masih berjaga, dan memainkan muzik Korea berulang-ulang kali melalui laptopnya. Tahu-tahu sajalah, lagu-lagu Korea memang kebanyakannya diulang loop secara beberapa kali, sehingga habis lagu. Sama saja dari awal hingga habis. Membosankan. Sepatah katapun tak difahami.

Saya tetap mengadap komputer tanpa mampu meluahkan isi akal yang bernas. Segala yang difikirkan sebentar tadi lenyap entah ke mana.

Cedera di ibu jari kaki masih belum pulih. 70 peratus dari kuku yang mati sudah tidak lekat pada isi. Masih menantikan selebihnya, sebelum secara rasmi saya membenarkan kuku baru muncul.

Kereta mengalami masalah sebentar tadi, ketika ayah memandunya untuk mengambil abang pulang kerja. Temperature naik mendadak, namun stabil buat beberapa ketika. Hasil penelitian yang dibuat mendapati radiator kereta rosak dan perlu diselenggara. Mungkin esok. Bererti esok tidak boleh ke mana, kerana penyelenggaraannya mungkin memakan masa seharian suntuk (ada bahagian lain yang turut butuh selenggara).

Pagi ini hanya ada satu perlawanan siaran langsung bolasepak, iaitu perlawanan Liga BBVA Sepanyol di antara Valencia dan Getafe, jam 4 pagi nanti. Saya tidak mahu ketinggalan. Valencia ketika ini berada di tangga ketiga liga, terlalu jauh ditinggalkan oleh Barca dan Real sebagai pendahulu. Tetapi survival Valencia lebih kepada mempertahankan kedudukan ketiganya, yang sedang diasak oleh Sevilla. David Villa (Valencia) pula hanya ketinggalan satu gol dari pendahulu jumlah jaringan, Lionel Messi. Villa perlu menjaringkan gol untuk kekal bersaing dengan Messi yang sedang di kemuncak prestasi.

Getafe pula di tangga kelapan, 5 mata di bawah kedudukan keenam yang bakal menjamin tempat ke Europa League musim hadapan.

Maka, berjagalah saya sehingga tamat permainan, iaitu pada waktu subuh.

4 comments:

FataMorgana said...

mcm xde arah tuju je...
nak tanya ckit, memandangkan en shah tinggal di keramat which is nk kata dekat x dekat, nk kata jauh jauh dari rumah saya, en shah tahu x mana2 syrkt. consultant yg t'dpt di situ?

Sir Shah said...

mmg xde arah malam td. buntu, kosong. nasib baik ade bola.

syrkt consultant? xtau la. sy dok area datuk keramat, mungkin arif area2 cni, jln gurney, semarak, pdg tembak, dan sikit2 AU1, Au2, keramat permai dan setiawangsa.

area umah sy ni lebih kpd kawasan perumahan je. ada pasar yg dah lusuh n usang. bangunan perniagaan hnya ada cmpany computer, salon, dan percetakan. consultant stakat ni blom pernah nampak.

so, sy rasa area keramat permai dan setiawangsa mungkin ada. sana ada pusat perniagaan. kt keramat permai area belakang station lrt setiawangsa. setiawangsa pulak, sy rasa ada kt area padang bola tu. tp sy xsure sgt ada ke x. fatin dok area mna?

FataMorgana said...

semarak? haha, dulu ayah keje kat pulapol ..
saya dok kat ampang...

it's okay, saja saya tanya kalau ada disana... saya bercadang nk berkerja cuti sem ni...sambil improve fasilitating skill saya..

Sir Shah said...

kt bandar baru ampang xde? ctu nampak mcm2 ade.

sy slalu lalu dpn pulapol, utk ke medan semarak, beli pisang goreng kt ctu. heh. adik dulu blajar kt padang tembak.