Monday 8 February 2010

9 hb Februari ?


Pada jam 9 pagi, tarikh hari ini, pada tahun 1985, menurut satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, menggunakan satu helai kertas yang kini sudahpun lusuh, tertera nama saya sebagai manusia yang telah selamat dilahirkan.

Ya, hari ini, 9 hb Februari 2010, merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke-25. 25 tahun, bermaksud suku abad. Kiranya macam jubli perak la. Dimaklumkan kepada semua rakyat Malaysia, ulangtahun saya pada tahun ini tidak akan diadakan sebarang majlis peringkat kebangsaan, mahupun peringkat negeri.

Memasuki satu lagi pentas usia, dunia yang bakal dihadapi pastinya amat berbeza. Mungkin penyesuaian perlu dibuat secara perlahan-lahan supaya tidak hanyut dibawa arus. Pada usia ini, perkara utama yang wajib saya lakukan ialah untuk mendapatkan kerja secepat mungkin.

Perkara kedua utama ialah untuk mengumpul duit sebanyak mungkin. Sudak pasti perkara kedua ini hanya boleh dilaksanakan selepas perkara pertama berjaya diusahakan. Kalian doakanlah kejayaan saya. Kemudiannya, barulah saya boleh mula memikirkan tentang perkara ketiga, iaitu kahwin. Huh. 10 tahun lagi kot baru terlaksana.

3 comments:

FataMorgana said...

hhaha bab kahwin itu menarik...

anyway selamat ulang tahun en shah.
25? dah twuaa pun anda...( terasa saya muda)

semoga segala impian anda berjaya dikecapi. jadilah khalifah terbaik walau bukan teragung di dunia dan akhirat.

Sir Shah said...

huh?? mmgla menarik. tp bila pikir pasal tggjwb, belanja, dan keperluan tambahan, terus jadi mcm kurang menarik. sbb ternyata sy blom bersedia. hehe..

25 thn blom tua la. slagi blom cecah 30 thn. awk 18 thn kan? scara matematik, usia awk mmg nampak muda. tp setelah bca tulisan2 awk, sy rasa mcm tulisan org sebaya sy je.

FataMorgana said...

hahaha.. yeke?
itu menunjukkan pemikiran saya sudah matang. berdiri sama tinggi dengan org seusia awak... hhaha..

taw xpe, kahwin nampak mcm senang, tapi consequences tu kena fikir berpuluh kali...

**jgn marah en shah, kita bergurau.