Wednesday 10 February 2010

Kakiku Cedera

Lebih tepatnya, kuku kaki saya yang cedera. Bunyinya tidaklah seberapa. Tapi bagi yang menanggungnya, Tuhan saja yang tahu. Kecederaan ini saya perolehi hasil bermain futsal di Sri Rampai, malam semalam.

Permainan bermula pada jam 12.15 tengah malam. Segalanya bermula seperti biasa. Saya hanya dapat bermain pada kira-kira jam 12.30 pagi kerana kami ramai. Perlu main 'king'. 3 team, main selama 2 jam.

Tidak lama bermain, saya merasakan sesuatu yang tajam mencucuk-cucuk di ibu jari kaki kiri, setepatnya di bahagian atas sedikit daripada kuku. Pada ketika itu saya fikirkan mungkin ada serpihan kayu kecil, atau batu di dalam stokin. Saya tidak ambil kisah. Teruskan bermain.

Semakin lama bermain, semakin sakit pula ibu jari kaki kiri saya, terutamanya di bahagian kuku. Sakitnya bertambah apabila pada satu ketika saya berlaga kaki dengan rakan lain, sehingga saya rasa perlu berhenti dan check.

Di luar gelanggang, saya tanggalkan kasut dan stokin. Saya terkejut apabila mendapati kuku ibu jari kaki kiri saya sudah patah. Patahnya hanya sedikit, tapi yang mengilukan ialah patahnya betul-betul dipangkal kuku.

Buat masa ini saya tidak boleh buat apa-apa. Nak cabut tak boleh, nak biar pula rasa tak selesa. Nasihat ayah, biarkan dulu sehingga ianya betul-betul mati, dan tumbuh kuku baru, baru boleh dicabut. Saya perlu mencucinya dengan iodin dan interceptic dettol, kemudian bungkuskannya dengan bandage untuk mengelak dari tersentuh, yang pasti mengilukan. Adoi. Berjalanpun dah macam robot.

Untuk jangka masa yang tidak dapat dipastikan, saya perlu berpantang dari bermain futsal. Gantung kasut. Saya dapat rasakan macam mana perasaan Franck Ribery sewaktu dia patah kuku yang sama, beberapa minggu yang lalu.

3 comments:

FataMorgana said...

uishh... sakit tu.... pernah alami.. terhempap meja atas kaki, uish seriously ngilu....
semoga cepat baik kaki tu...

Sir Shah said...

owh, terima kasih.

sebelum ni sy pernah stakat tercabut kuku jari kelingking kaki je. xseberapa sgt nk dibanding dgn azab pada ibu jari kaki ni. hari ni ibu jari berbungkus je, sambil pakai sandal gi klcc. haha.. sakit2 pun sempat berjalan.

FataMorgana said...

taw xpe... x serik tu...