Friday 5 March 2010

Buku Kecil Berwarna Merah

Pagi tadi kami sekeluarga ke Jabatan Imigresen di Sri Rampai untuk memohon passport baru. Kami sekeluarga belum pernah memiliki sebarang passport kerana tidak pernah keluar negara. Tiba di pusat perniagaan Sri Rampai tersebut jam 10 pagi.

Lebih 20 orang kelihatan berada di ruangan koridor hadapan Jabatan Imigresen yang bersebelahan dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Mereka berada di ruangan tersebut bukan untuk melepak, sebaliknya menunggu giliran ke kaunter.

Kami tetap nekad masuk ke ruangan dalam jabatan tersebut untuk melihat keadaan dan suasana. Di ruangan dalam sahaja terdapat lebih 100 orang rakyat Malaysia sedang menanti angka giliran mereka dipanggil. Jika ditambah dengan yang berada di koridor, dan mungkin ada yang keluar makan dulu di kedai mamak, jumlahnya mungkin mencecah 150 orang.

Kami terpaksa beransur dari tempat itu, meskipun ayah sudah membayar tiket parking 50 sen. Rancangan kami ialah untuk ke Jabatan Imigresen di Putrajaya. Tak tahu di mana alamat tepatnya, namun tetap saja dicuba. Saya memandu ke Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Putrajaya kini sudah dilengkapi dengan papan-papan tanda jalan yang baik. Tidak seperti 2 tahun lepas. Nak pergi ke Alamanda pun susah. Tiada signboard.

Menurut alamat yang diberikan, jabatan yang dituju itu terletak di sebuah bangunan di Presint 14. Lokasi tepatnya tak dapat dipastikan. Kami beberapa kali tersalah arah dan tidak berjumpa destinasi sasaran. Presint 14 besar.

Akhirnya Garmin membantu juga apabila dapat mengesan bangunan tersebut. Kami tiba ke destinasi kira-kira jam 11 tengahari. Perkhidmatan foto dan fotostat disediakan di sana, memudahkan lagi proses permohonan.

Sempurna segala dokumen, dan borang pun sudah diisi, kami ke ruangan menanti giliran. Tak ramai orang. Berbeza sekali dengan suasana di Sri Rampai. Penuh sesak dengan manusia yang pelbagai ragam.

Proses kami selesai jam 12.30 tengahari. Kaunter menyerahkan sebuah buku kecil berwarna merah. Tak tebal pun. Ditambah dengan aksesori tambahan, iaitu cover buku berharga RM2. Kami semua sudah bersedia untuk menjengah dunia luar.

Saya secara peribadi, paling jauh pun sekadar ke Bintulu, Sarawak. Melawat UPM Bintulu sebagai salah satu program MPPUPM sesi 2005/2006, serta melawat pekan Bintulu yang meriah dengan aktiviti perniagaan.

6 comments:

FataMorgana said...

seronoknya dh ada passport:)

Sir Shah said...

terkejut juga pegawai imigresen singapura apabila mendapati passport kami baru sehari usianya. jumaat siap passport, sabtu dah masuk singapura.

seronok juga dpt berjalan ke negara org. ini pertama kali sy meninggalkan Malaysia. pertama kali juga menjejakkan kai ke negara org, tanah temasek. walaubagaimana hebat sekalipun negara tersebut, Malaysia tetap tiada tandingannya.

hasil pemerhatian yg sy buat ketika berada di tambak johor dan causeway, lebih banyak kenderaan singapura yg masuk ke Malaysia berbanding kenderaan Malaysia memasuki singapura.

kemakmuran Malaysia turut dinikmati oleh rakyat singapura. bersyukurlah kita..

FataMorgana said...

that's true... teringin nk pergi... tp x mmpu lg..

Sir Shah said...

to b honest xde ape pun yg menarik hati sy utk kembali ke sana skali lg. johor bahru far better place utk rakyat malaysia yg berpendapatan sederhana.

sy sempat melawat kampung glam, the malay heritage. tmpt ini mungkin sedikit memikat hati sy memandangkan sy berminat utk mengetahui lebih tntg kesultanan melayu singapura. tmpat ini juga menjadi tumpuan masyarakat melayu utk berniaga.

tp kalu nk makan, perlu difikirkan berkali2. makanannya halal, tetapi harganya bukan standard kita. sy sempat merasai mee bandungnya. harga kalau di malaysia, paling mahal pun rm4.00. tp di singapura, mee bandung berharga sing dollar 4.00. mungkin dari segi angka, ada persamaan. tp dari segi nilai matawang, harga mee bandungnya 2.4 kali ganda harga di malaysia. kira2 rm9.60. nasib baik hidangannya big portion. kenyang la jugak. heh.

FataMorgana said...

cikgu syah memang suka bab makan ye... :)

Sir Shah said...

makan? lebih kurang je. xdela suka sgt. sy lebih suka mencuba makanan favourite sy di sesuatu tempat. maksudnya, sy xberani nk mencuba makanan baru. kalu dlm satu bulan tu mood tekak sy pd mee bandung, maka ke mana saja sy pergi mesti kena cari mee bandung.