Thursday 2 July 2009

Muzik Malaysia Makin Malap (4M)

Seni di Malaysia berulangkali dikatakan jujur dan tulus. Tapi setakat mana kejujuran mereka dalam berkarya? Apakah tujuan mereka bergiat dalam industri ini? Sejauh mana mereka sanggup pergi? Bersediakah mereka untuk berkembang dan belajar?

Tersebut di atas merupakan persoalan-persoalan yang timbul dalam otak aku setiap kali artis-artis di Malaysia memperagakan kelemahan sendiri. Terbaru aku menonton Melodi di TV3 pada minggu lalu. Pada ketika seorang wartawannya menemubual sebuah kumpulan yang dipanggil One Nation Emcee. Aku pun tak pasti betul ke tak ejaan aku ni.

Isu pertama yang dibangkitkan oleh wartawan tersebut ialah mengapa kelewatan mereka menghasilkan album. Dan ternyata jawapannya nampak mudah dijawab oleh ahli kumpulan tersebut. Mereka menjawab sedang dalam proses akhir dan terdapat beberapa masalah teknikal.

Kemudiannya wartawan terbabit mempersoalkan adakah mereka releven di dalam industri ini melihat kepada pasaran jualan album di Malaysia tidak begitu baik. Kali ini mereka memberikan jawapan seolah-olah mereka sudah lama di dalam industri.

"Bagaimana kami nak berjaya kalau orang kita terus membeli album dan sokong muzik luar?" Muzik luar yang dimaksudkan adalah dari Indonesia. Aku tahu mereka takkan persoalkan kalau orang ramai lebih tumpu pada album dari US sebab muzik dorang pun berkiblatkan sana.

"Ini juga merupakan salah satu sebab kitorang lambat release album."
Ek?? Dah pulak. Tadi cakap dah proses akhir dan terdapat masalah teknikal.Jawapan pun tak ada kena mngena dengan persoalan yang ditimbulkan.

Berbalik kepada persoalan dari minda, aku nak rungkaikan yang pertama terlebih dahulu. Setakat mana kejujuran mereka dalam berkarya? Perkara ini aku nak langsungkan kepada band-band yang masih menggunakan khidmat komposer. Mereka tak tahu buat lagu sendiri.

Kerana ini jugalah terlihat betapa walaupun minat terhadap band-band rock terkemuka dunia seperti Nirvana, Metalicca, Queen, dan lain-lain, tetapi hakikat betapa mereka terpaksa memainkan lagu-lagu 'tangkap leleh', 'tangkap jiwang', dan mendayu-dayu sangat-sangat memeningkan.

So, sejauh mana kejujuran mereka dalam berkarya? Eh, dorang berkarya ke? Setakat memainkan semula muzik yang telah disusun oleh komposer tidaklah boleh dikatakan berkarya. Bagaimana mungkin barisan band-band tempatan serupa ini ingin bersaing dengan barisan band-band berdikari dari Indonesia?

Merujuk kepada persoalan kedua, apakah tujuan mereka bergiat dalam industri ini? Ada pendapat menyatakan kebanyakan dari band-band ini mencari makan dengan bermain muzik. Maka jawapan kepada persoalan yang tadi adalah untuk mencari makan. Dan maka dengan itu jugalah kita boleh membezakan muzik dari band-band indie dengan band-band yang tak mahu berkembang ini.

Band-band indie banyak yang dilihat cuba untuk mengevolusikan industri muzik tempatan. Genre yang dibawakan seperti grunge, pop alternatif, techno pop, dan beberapa lagi genre yang baru mampu memberikan sedikit kesegaran kepada industri. Begitu juga terdapatnya segelintir band yang cuba membawakan indo pop. Muzik mirip band-band dari Indonesia.

Jadi, berbalik kepada persoalan yang tadi, apakah tujuan mereka? Adakah untuk terus memainkan muzik mendayu-dayu yang tidak memerlukan khidmat pemain dram seperti band-band 90'an? Atau pun cuba membawakan pembaharuan kepada muzik Malaysia supaya dapat memberikan kesegaran kepada industri? Anda mampu memilih.

Selanjutnya, sejauh mana mereka sanggup pergi? Pertamanya aku nak bawakan persoalan kepada band-band yang tak mahu berkembang dahulu. Ke mana mereka mahu bawakan muzik mereka? Setakat yang aku nampak, kumpulan sasaran mereka tak lain hanyalah pendengar-pendengar di kawasan luar bandar, pemandu-pemandu teksi, dan mat-mat rempit. Masih dikira ramai. Kerana itu juga mereka mampu bertahan sampai sekarang dan dilihat semakin bertambah penglibatan band-band baru yang tidak mahu berkembang.

Kemudiannya aku bawakan persoalan kepada band-band indie. Dahulunya mereka lebih dikenali sebagai band underground kerana lebih selesa untuk berada jauh dari arus perdana muzik tanah air. Mereka yang rata-rata jadikan muzik sekadar side income lebih selesa bermain di gig, mini concert, rock the world, dan cafe-cafe sekitar ibu negara. Baru-baru ini sahaja baru mereka diberi peluang merakam dan memasarkan album. Tetapi sejauh manakah keseriusan mereka dalam bidang ini?

Aku tak akan cuba membadingkan muzik Malaysia dengan muzik Indonesia kerana ternyata seperti langit dan bumi. Mungkin akan dihuraikan lebih di post yang lain. Tetapi aku hanya ingin membuka mata ramai pihak supaya sedarlah dari lamunan. Sedarlah dari mimpi dan bukalah minda untuk maju dan berkembang. Jangan terus 'tangkap leleh'..

No comments: