Friday, 25 February 2011

Sakit Hati !!



sebelum ni mmg aku rapat dgn seorg gadis yg cukup la aku panggil S.. (nazhirah, pinjam gaya penceritaan.. hehe..) dia biasa cerita masalah2nya padaku, baik berkenaan pembelajaran, keluarga, kawan2, dan juga emosi.. S cukup percayakan aku.. malah dia juga turut menerima dgn baik pendapat n nasihat2 aku.. kami mmg rapat..

maaf, aku xleh cerita detail sgt.. atas beberapa sebab.. so, tibe la waktunya pd 1 februari 2011, setelah S mendapatkan email address aku, n no hp aku.. mlm tu dia ym aku.. aku xon ym.. dh 2thn kot aku xon ym.. tp tibe2 mlm tu aku tergerak hati nk on ym.. maka aku pun on la..

maka terima la aku satu msg yg panjang lebar.. msg luahan rasa, yg pelbagai.. bercampur aduk.. tp mmg aku faham.. faham maksud yg cuba disampaikan, sbb aku faham tuan pengirimnya.. msa aku on tu, S xon.. tp dia hantar msg panjang tu, xlama sebelum aku baca.. kmudian, aku pun balas..

aku pun rasa mcm nk tggu beberapa ketika, tanpa menaruh harap S akan on ym lg skali.. tp ternyata, ade yg menggerakkan hati S utk on ym.. maka, kami pun chat la di ym.. lama.. amat lama.. mcm2 cerita.. hingga satu saat, kami rasa kami patut berasa lebih rapat dgn tukar gelar diri.. abang adik..

kemudian, S dh nk off, dia pun minta kebenaran aku utk sms aku.. aku pun ckp la, aku bg no hp aku, mmg utk dia sms aku kalu ade ape2 hal.. maka, kami pun bersms.. sehingga saatnya S luahkan yg dia sukakan aku.. actually, mmg aku dpt rasakan yg S sukakan aku.. tp xsangka pulak seserius itu.. dan aku pun mmg dh lama pendam rasa, suka pd S.. dan aku pun sambut la perasaannya.. S pernah kata yg dia xsangka yg aku juga sukakan dia.. S fikir dia bertepuk sebelah tgn..

semakin lama bersms, semakin dekat aku dgn S.. kami dh merasakan seperti lebih dari sekadar abang dan adik.. S pun pernah katakan yg dia blom ada bf.. malah dia pernah mengakui xsukakan lelaki, sehinggalah bertemu aku.. S juga mngakui begitu syg pd aku.. aku masih simpan sms dia.. syg yg bukan biasa pd adik abang, tp syg yg lebih dari itu.. ok.. aku agak, kami mmg dah ada connection.. kami pun dh cukup kenal, dh cukup rapat.. dh mengenali hati budi masing2.. byk berkongsi masalah.. dia sayang aku, n aku pun sayangkan dia.. dan aku fikir, aku sudah jatuh hati pd S..

aku luahkan perasaan aku pd S.. setulus hati aku.. dgn suara yg bergetar.. jantung berdegup kencang.. S pun membalas dgn penolakan, bersertakan alasan berikut.. katanya, dia belum boleh terima aku, sbb ada 'beberapa hal yg perlu diselesaikan terlebih dahulu'.. confuse gak aku waktu tu.. ape pulak ni? S xpernah berahsia dgn aku, tibe2 ada pulak 'hal2 yg perlu diselesaikan'..

aku xamik port sgt tntg 'hal2' tu.. bg aku, aku dh cukup nekad meluahkan perasaan.. dan aku diminta utk bersabar, dan menunggu S menyelesaikan 'hal2' tersebut.. keesokan harinya, ketika berborak dgnnya dlm phone, tibe2 S tersasul gelaran diri.. gelaran yg dia xpernah guna utk aku.. gelaran utk org yg tgh bercinta.. 'ayang'.. nah.. aku mcm kena panahan.. kenapa dia tersasul, dan utk siapa sebenarnya ayang itu ditujukan?

setelah didesak, nyata S sebenarnya sudah berpunya.. tp dia cuba memujuk aku dgn mengatakan bhawa hbgn mereka baru.. aku yg mmg xberpuas hati, bertanyakan, kenapa dia bagi harapan, bagi ayat2 manis, berbohong dgn mengatakan belum punya kekasih, tp ternyata membohongi aku? S pun cuba utk sekali lg memujuk aku, dgn mengatakan yg walaupun dia sudah berpunya, tp dia cuba utk memberi ruang pd aku, mencuba dapatkan rasa cinta itu.. tp katanya, dia gagal dptkn rasa cinta tu..

nah.. ape aku nk buat? dh terlanjur cinta.. pedih hati, rasa nk mencarut pun ade.. tp ni tak seberapa teruk.. aku boleh bersabar lagi.. mungkin aku mmg dah bersiapkan diri untuk sedia menunggu dia.. sebelum ni mmg aku dh ade prinsip, kalu org tu dh berpunya, pantang aku utk mengganggu hbgn org.. tp kali ni, aku terpaksa langgar prinsip.. sbb aku dh terlanjur cinta..

2minggu kmudian, kmi berhubung skali lg.. kali ni, nada S sedikit lain.. mcm xnk layan aku.. msg panjang lebar yg aku hantar sbb lama xberhubung dgnnya, dibalas dgn sepatah perkataan.. 5-6 msg yg sama gaya, dipaparkan, aku dh xsedap hati.. aku tanyakan S, dia ada masalah ke? sbb sblm ni, kalu dia ade ape2 masalah, dia akan ceritakan pd aku.. tp S kata xde masalah.. cuma dia xde mood..

ok.. fine.. aku pun cuba korek2.. aku pandai korek rahsia.. hehe.. maka terkantoi la.. sebenarnya dia sibuk bersms dgn bf dia.. bercintan la.. so, aku kata la, aku xnk ganggu.. then, dia minta aku call lps kol12.. supersavers.. maksudnya dia nk borak lama dgn aku.. kol12, aku pun call la.. berborak mcm biasa.. dia pun buat mcm xde ape.. sampai la satu ketika tu, aku cuba korek psl bf dia.. dia dgn rilek, bercerita la mcm2.. sampai terkantoi bohong skali lg.. sebenarnya dia dgn bf dia dh setahun lebih berhubungan.. nah.. ape la nasib aku..

aku minta S terus terang, ape sebenarnya dia nk dari aku.. ape yg cuba dia sampaikan.. ape yg bermain dlm otak dia masa tu.. S xnk jwb.. dia pusing cerita.. dia kata dia xnk tgk aku terseksa lg, n minta aku cari perempuan lain.. mcm tu jer? mmg aku hangin giler time tu.. aku terus jer tanye dia, dia xde rasa bersalah ke buat mcm ni pd aku? kalu sebelum ni, aku cuba gk jaga hati dia, tp kali ni mmg aku nk meletup.. S boleh sound aku balik.. dia kata aku sakitkan hati dia.. hahaha.. adoi..

aku tekad.. nk lupakan dia.. tp mmg susah kan.. sbb aku perlukan pengganti, utk sekurang2nya mengisi masa yg aku slalu luangkan utk S dlu.. terseksa gak la jangka waktu yg menyakitkan tu.. bila keseorangan, kebosanan, kisah2 lepas terlintas kt otak.. n aku akan sedih.. sehingga aku ade hobi pelik waktu tu.. menoreh tgn sampai berdarah.. utk melupakan sakit di hati, baik aku sakitkan tgn.. ish.. otak dh xbetul..

minggu lalu, aku ditegur oleh seorg yg dh lama add aku, tp kmi xpernah bertegur.. dia tegur.. panggil F.. terus kami berborak sakan.. mmg mcm dh lama kenal.. kami temukan byk persamaan di antara kami.. F betul2 berjaya mengubati kedukaan aku dgn kata2nya, juga membuatkan aku ternanti2 kehadirannya di chatbox fb.. cuma aku rasa terlalu awal utk aku admit yg dia mampu mengisi tempat S.. tp hakikatnya lebih baik dari segi layanan, kpd aku.. stakat ni..

cukup la stakat ni.. pnjg sgt pulak post kali ni.. setelah dh lama xupdate..

back to updating..

kejap lg aku nk update cerita2 yg lepas.. yg aku terlepas utk mengupdate.. sbb kesibukan n kemalasan diriku.. tp kali ni, insyaAllah aku akan lebih rajin utk mengupdate.. bersertakan photo2 yg bersesuaian.. kekal di channel ini ya.. chiow..

Thursday, 20 January 2011

makan..

Tengah hari tadi, ayah beli nasi ayam bungkus dari mash nasi ayam dekat depan masjid Datuk Keramat @ Al-Akram. Dah naik muak makan nasi ayam tu sejak dari kecik. Perniagaannya maju, tapi xpernah ada inisiatif nak perbaiki premis. Macam tu je la sejak dari dulu.

Selepas itu, aku online kejap sampai kol4 ptg sebelum bersiap untuk keluar. Keluar ke Keramat Permai, lokasi, bengkel kereta Soundstream. Tujuan, buat window tint kereta. Aku guna brand solar cool je. Tak mampu nak pasang v-kool atau yang sama harga dengannya. Gelap 50% untuk mengelak dari mencari masalah dengan JPJ.

Lama pemasangannya. Sampaikan aku kena lepak di 2 buah kedai makan. Kol 7.15 ptg baru siap pasang. Kemudian, sekarang aku berada di Bangi Kopitiam Setiawangsa, untuk rasa asam laksanya untuk pertama kalinya. Memang berbeza dengan asam laksa kedai2 lain. Sebab ni bukan asam laksa! Ini asam ikan! Ikan semata. Ikan lebih byk dari laksa. Huh. Tak tau la bila boleh abih ni. Penat aku makan. Minumannya pulak, teh tarik gelas besar. Memang kembung perut aku ni.

Selepas ini, aku akan terus ke Sentul. Ambil abang di sana.

Wednesday, 19 January 2011

19 Januari 2011.. (update lambat sehari)

19 Januari 2011 dimulakan seawal jam 8.30 pagi, aktiviti kokurikulum sesi petang bermula. Minggu ketiga persekolahan, kokurikulum hari rabu bermula dengan permainan, disusuli dengan pakaian seragam.

Untuk permainan, aku menyertai para pelajar bermain hoki. Walaupun pada hakikat tidak pernah memukul bola hoki menggunakan stik hoki, namun berkat minat terhadap pelbagai jenis sukan, sekurang2nya aku mempunyai sedikit sebanyak ilmu berkenaan dengan taktik dan teknik permainan hoki. Pemilihan untuk barisan pemain hoki sekolah untuk sesi petang berjalan lancar, walaupun jumlahnya tidak mencapai sasaran. Daripada jumlah 34 ahli yang hadir, hanya 10 yang nampak berpotensi besar.

Tanpa sempat berehat, aktiviti diteruskan dengan Bulan Sabit Merah sesi petang, pada jam 10 pagi. Aku pun tak sempat nak salin seragam BSMM serba putih. Selesai aktiviti BSMM, aku lepak makan di kantin sekolah. Menu biasa, nasi paprik ayam bersama telur dadar kosong.

Selepas makan, aku naik ke bilik guru untuk menyelesaikan beberapa hal. Sejurus keluar dari bilik guru, para pelajar 5 Maju dan cikgu Masturi melambai dan memanggilku dari koridor blok mereka. Turut dipanggil ialah Cikgu Eza. Kami adalah guru berjawat AJK Keselamatan. Setiba di kelas mereka, kami diminta untuk menangkap seekor haiwan. Kata mereka, haiwan yang dimaksudkan ialah anak musang. Tapi rupa2nya anak rakun (bahasa Inggeris: raccoon).

Haiwan ini memang banyak di bandar Kuala Lumpur ini. Survival mereka bergantung pada tong2 sampah perumahan dan haiwan ternakan. Kebiasaan mereka dilihat berjalan di atas kabel elektrik, tapi masyarakat kita kerap memanggilnya musang. Selepas berjaya ditangkap, anak rakun yang tidak berapa agresif ini ditempatkan di belakang sekolah, hampir dengan jejambat jalan.

Sebelum ke perhimpunan harian, aku sempat tukar ke persalinan seragam BSMM. P&P untuk hari rabu berjalan seperti biasa. 5 waktu Mathematics untuk hari tersebut. Sesi persekolahan tamat jam 6.45 petang. Ketika seorang demi seorang guru menghilang dari pandangan untuk pulang, aku masih terperap di bilik guru mengemas serba sedikit.

Selesai mengemas jam 7.10 malam, aku terus menuju ke Jusco AU2, untuk makan dan pulangkan kad Jusco (yang aku pinjam) kepada adik. Makan di Wendy's, spicy chicken burger. Aku ke mana2 fast food pun, mesti cari burger ayam. Puas hati makan di Wendy's, walaupun ayam dalam burger tu tak berapa besar. Tapi fries dan carbonate drinknya yang besar memang puas hati.

Selesai makan, terus bergegas ke APW. Lewat sedikit dari waktu yang dijanjikan, tapi tak terlalu lewat. Kelas semalam memang relax dan santai. Mungkin disebabkan pelajar tahu yang aku belum dapat rehat sejak dari pagi. Kelas disulami dengan kehadiran Salikiyah berjumpa rakan2nya untuk berpindah ke sekolah baru.

Sepulang ke rumah, aku terus terlelap sehingga ke subuh. Dahsyat betul tenagaku digunakan hari semalam.

Hari ni (Khamis 20 Januari), cuti umum. Cuti bagi orang yang wajib bercuti seperti aku. Huh. Esok, ada aktiviti menarik yang bakal aku sertai. Update bersama gambarnya bakal menyusul, insyaAllah, kalau aku ada hati nak buka blogger.com nih..

Saturday, 1 January 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

Bunga api KLCC dari rumahku

Azam 2010ku ada yang tercapai, ada yang tidak. Yang tidak tercapai tu, sama ada aku terlupa untuk usahakannya, atau aku benar tidak mampu. Tapi yang paling penting dan yang paling besar, azamku untuk menjadi seorang guru bergaji tetap sudah tercapai.

Bukan setakat tercapai azam 'asas', malah aku juga dapat 'bonus' sekaligus. Bonus yang tersebut ialah diberi posting di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur luas, dari Bangsar, Sungai Besi, Cheras, Ampang, Melawati, Gombak, Jinjang, Kepong, hingga ke Damansara, tersebut ialah sempadan2 KL dan Selangor. Jumlah sekolah menengah dalam Wilayah bertuah ini ialah 95 buah. Dan aku diberi posting di sekolah yang hanya 7 minit dari rumah menggunakan kereta.

Azam kedua ialah untuk mendapatkan notebook. Tercapai di penghujung 2010, iaitu pertengahan Disember. Lappy murah je. HP G42-380TX. Nak beli MacBook Pro tak mampu.

Tu dua daripada sebahagian azam yang tercapai yang aku ingat. Yang tak tercapai? Antaranya nak bayar PTPTN, nak melancong ke Indonesia, nak beli kereta, dan sebilangan yang tidak tersebut, masih belum ku capai. Bila nak capai? InsyaAllah, akan diusahakan dalam tahun ini.

Wednesday, 29 December 2010

smlm aku dgr berita..

psl malaysia menang AFF suzuki cup (which is piala asia tenggara), maka PM umumkan jumaat sbagai cuti umum.. ni beritanya..

tadi plak, cikgu2 diberitahu yg jumaat mmg cuti.. abih smua yg dirancang terpaksa ditunda.. pendaftaran sekolah yg sepatutnya berlangsung jumaat, terpaksa ditunda kpd masa ke 2 hingga masa ke 4 hari isnin..

utk maklumat lanjut..
Esok sekolah cuti!!

Update.. 30/12/2010

3 hari berturut2 bermeeting di awal pagi..
mujur esok cuti sempena bola..
sesak gk otak aku ni..
byk benda nk kena ingat..
byk perkara nk kena buat..
byk tugas nk kena galas..

checklist..
buku program utk hari orientasi tingkatan 1.. selesai.. tp hampeh, program dianjak psl cuti bola..
jadual waktu guru ptg.. dh diedar..
RPT.. sikit lg nk siap..
minit mesyuarat panitia.. baru suku..
soalan kuiz pengetahuan am utk program orientasi.. blom mula cari..
borang mklumat diri.. blom diisi..
smua perlu siap pd minggu dpn..

jawatan utk 2011..
AJK jadual waktu sesi ptg..
guru tingkatan 2ilmu..
AJK penyelenggaraan perabot..
guru hoki..
guru PBSM..
AJK kelab guru..
S/U panitia matematik..
dan beberapa lg yg aku sendiri terlupa.. nasib la..
hakikat diriku sebenar-benar pelupa bakal memberi masalah mendatang..
hmm.. nak kata ape.. inilah cikgu Shahid Aqmar Ramli..

Saturday, 28 August 2010

Mengemaskini Kini Yang Terkini

Aku di facebook

Posting di bawah tajuk ini, aku dedikasikan kepada diriku sendiri. Bersempena dengan update terbaru di blog ini setelah lebih 4 bulan disisihkan, bersempena juga dengan status pekerjaanku sekarang, bersempena juga dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, dan akhir sekali, bersempena dengan ulangtahun kemerdekaan negara Malaysia yang ke-53, maka dengan ini aku mengumumkan untuk tidak lagi menyentuh hal-hal berkaitan dengan politik tanah air (secara bersyarat).

Oleh yang demikian, blog ini akan lebih menjurus ke arah pekerjaanku, rutin harianku, fikiranku, bola sepak, muzik (dan seni, secara umum), dan apa saja mengikut keperluan semasa.

Di awal perkhidmatanku sebagai guru 19 Julai yang lalu, hari-hariku sarat dengan aktiviti dan kerja yang hanya melibatkan mental. Mental yang sebelum ini berehat dengan agak lama, kini dipaksa berkerja. Bukan merungut. Cuma sistem badan dan otak aku perlukan masa untuk membiasakan diri dengan sistem dan rutin baru.


Bagi mengurangkan kebergantungan terhadap game sudoku di Facebook, aku telah membeli sebuah novel terbaru karya Habiburrahman El-Shirazy, iaitu Bumi Cinta. Novel ini telah berada di pasaran Indonesia sejak Mac lalu, tetapi baru kini diterbitkan di Malaysia. Sedikit kurang menyengat, hanya kerana bukan dalam bahasa asal, aku tetap juga merasakan karya ini mempunyai kekuatannya tersendiri. Cuma aku belum menemukannya.

bersambung..

Sunday, 11 April 2010

Messi Tundukkan Ego Ronaldo

Messi scores again, kata blogcritics.org

Tajuk post dah macam tajuk berita dalam surat khabar, di bahagian sukan. Tapi itulah sebenarnya yang saya nampak menerusi paparan wajah-wajah pemain kedua-dua pasukan selepas wisel penamat dibunyikan pengadil.

Keputusannya 0-2. Dua gol dari pasukan pelawat, Barcelona dijaringkan oleh pemain dari planet lain, Lionel Messi, dan pemain muda, Pedro. Saya menyaksikan perlawanan yang tegang sejak dari sepak mula. Memang tegang sehinggakan pengadil perlawanan tidak dapat melayangkan kad kuning kerana takut ianya akan memburukkan lagi keadaan.

Seperti yang dibangkitkan oleh ramai pihak, perlawanan 'El Clasico' kali ini adalah lebih terarah kepada pertembungan C. Ronaldo dan Messi. Pertembungan mereka yang terdahulu ialah ketika final UCL tahun lalu, di antara Manchester United dan Barca, apabila Messi jelas berjaya mencuri perhatian umum, dan turut menjaringkan satu gol.

Kali ini, iaitu pagi semalam, Messi sekali lagi menenggelamkan CR9. Terlihat betapa Ronaldo begitu tertekan sejak dari awal permainan. Ronaldo tertekan kerana didesak ramai peminat untuknya membuktikan kehebatan mengatasi Messi. Beberapa terjahan keras dilakukannya terhadap Puyol dan Pique, selain beberapa larian 'hebat' tak keruan ke arah belakang (negatif) atau selari, tanpa larian ke hadapan atau menggelecek walau seorang pemain pun.

Trademarknya, terkuis-kuis bola yang statik sambil badan digelek-gelek bagai penari dangdut, hanya dipandang sepi oleh pertahanan Barca kerana ianya langsung tidak memberi faedah kepada bola sepak. Berbeza dengan Messi, dipaparkan kepada seluruh peminat bola sepak betapa usahanya yang berkali-kali cuba menggelecek pemain Real dipatahkan dengan bentesan keras. Messi memang gemar menewaskan sekurang-kurangnya 3 orang pemain lawan pada sekali larian. Dia tidak sekali-kali akan menguis bola berkali-kali (step over) tanpa bergerak (statik) yang hanya memenatkan diri sendiri.

Pada perlawanan ini juga, untuk ke sekian kalinya, Messi sekali lagi berjaya menjaringkan satu gol menewaskan pasukan yang diwakili Ronaldo. Saya faham perasaan Ronaldo. Saya juga faham perasaan Pellegrini.

Bakat vs Populariti

Saya pernah melihat krisis ini di dalam industri muzik Malaysia. Dua acara yang mengiktiraf para artis Malaysia yang berbeza menurut penilaian bakat dan populariti. Dua acara tersebut ialah Anugerah Bintang Popular (ABP) dan Anugerah Industri Muzik (AIM). Saya sedar kenyataan ini bakal menyinggung perasaan beberapa pihak.

Inilah faktanya. Seorang penyanyi lelaki yang begitu popular (ketika itu) sehingga berjaya menewaskan rakan-rakan pelajarnya dengan 'jutaan' undi sms, yang kemudiannya bergelar 'raja sms'. Dia kemudiannya berjaya memenangi gelaran 'artis paling popular' di ABP selama 3 tahun berturut-turut. Tapi, tahukah anda yang penyanyi lelaki ini bukan sekadar tidak memenangi sebarang anugerah pada AIM, malah tidak pernah tersenarai sebagai calon top 5 bagi mana-mana kategori, termasuklah 'Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)'.

Oleh yang demikian, kita tidak boleh menafikan dalam apa jua bidang kerja, dalam apa jua industri, pasti wujud krisis ini. Antara bakat dan populariti. Tidak saya nafikan wujud individu yang menguasai kedua-dua 'anugerah' ini. Contohnya Datuk Siti dan Tun Mahathir. Kedua-dua sosok ini bukan sekadar memiliki bakat besar di dalam bidang masing-masing, malah turut diberi publisiti dan perhatian yang sewajarnya.

Berbalik kepada soal Messi vs Ronaldo, adalah tidak keterlaluan untuk saya nyatakan bahawa Ronaldo tidak lebih dari sekadar popular di kalangan peminat bola sepak dan wanita-wanita muda. Saya ada hujah untuk itu. Cukuplah setakat ini.

Sunday, 4 April 2010

Piala Dunia: Sepanyol (Part 1)



Sepanyol adalah merupakan pasukan pilihan saya untuk menjuarai Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan Jun ini. Banyak perkara menarik yang boleh dikupas berkenaan pasukan ini. Antaranya ialah limpahan bakat terbaik dunia di dua (2) posisi penting, iaitu penjaga gol dan pemain tengah.

Saya berminat untuk membuat sedikit penilaian berkenaan posisi penjaga gol untuk pasukan Sepanyol. Memandangkan hanya tiga (3) tempat sahaja diperuntukan untuk posisi yang akan dibawa ke Afrika Selatan, maka pemilihan yang bakal berlaku pastinya sengit.

Calon pertama sudah pastinya Iker Casillas, penjaga gol pasukan Real Madrid. Casillas yang akan berusia 29 tahun sebelum bermula Piala Dunia, setakat ini masih beraksi baik bersama kelabnya. Meskipun Real sudah tersingkir dari UCL 2010 dan Copa del Rey, namun persembahan Casillas musim ini dikatakan sebagai penyelamat kepada perjuangan mereka dalam liga.

Penjaga gol terbaik dunia ini masih dalam prestasi terbaik apabila kekal mempertahankan gawangnya dalam nisbah dibocori kurang dari satu gol bagi setiap perlawanan. Setakat 38 perlawanan (semua kejohanan, sehingga 5 April), Casillas hanya melepaskan 35 gol. Kali terakhir beliau melepaskan jumlah gol yang kurang dari jumlah perlawanan adalah bagi musim 2004/2005.

Calon kedua bagi posisi ini ialah penjaga gol Barcelona, Victor Valdes. Musim ini dan musim lalu, Valdes secara tidak langsung mendedahkan kepada umum keupayaannya yang sebenar bagi menyaingi Casillas untuk jersi nombor satu Sepanyol. Kejayaan menjuarai kesemua 6 trofi yang dipertandingkan musim lalu memberi markah tambahan buat Valdes.

Meskipun menjadi penjaga gol utama buat pasukan terbaik dunia, hakikatnya Valdes tidak pernah beraksi untuk pasukan kebangsaannya. Beraksi dalam prestasi terbaiknya musim ini, bersama pasukan terbaik dunia, tiada sebab untuk Valdes diberi peluang mengatasi Casillas yang kebal di posisi tersebut. Namun, peluang untuknya terbang bersama rakan sepasukan ke Afrika Selatan tetap cerah.

Pepe Reina pula saya rasakan tidak jauh dari saingan bagi posisi ini. Penjaga gol Liverpool ini beraksi baik bagi kelabnya meskipun prestasi semasa pasukan amat buruk pada musim ini. Mempunyai kemahiran yang baik untuk mengawal bola hantaran lintang dan tindak balas yang pantas, kelemahan Reina hanyalah dari segi positioning dan interaksi dengan pemain pertahanan. Reina pernah 19 kali bermain untuk Sepanyol, merupakan antara pilihan utama yang akan dibawa ke Afrika Selatan.

Penjaga gol utama Villarreal, Diego Lopes saya letakkan sebagai calon pilihan keempat. Lopes pernah menjadi pemain dalam pemerhatian ketika Manchester United dalam proses pencarian
penjaga gol bagi menggantikan Edwin van der Sar. Pernah sekali beraksi untuk Sepanyol pada tahun lalu, agak sukar meramal peluangnya untuk menembusi dominasi nama besar seperti Casillas, Valdes, dan Reina. Persembahan semasa Villarreal juga mungkin menyukarkan lagi peluang Lopes untuk bersaing merebut tempat dalam pasukan Sepanyol.

Calon seterusnya, Manuel Almunia dari kelab Arsenal. Belum pernah beraksi untuk Sepanyol, Almunia pernah dicadangkan untuk mengisi kekosongan bagi pasukan kebangsaan England. Almunia sudahpun memiliki kerakyataan England, namun menolak tawaran tersebut untuk kekal setia kepada negaranya. Setakat ini jurulatih Sepanyol belum lagi bersedia untuk memberi peluang kepadanya. Arsenal setakat bulan April musim ini, masih lagi dalam perebutan gelaran liga. Nama Almunia pasti meningkat mendadak andainya Arsenal berjaya menjuarai liga di England.

Andres Palop mungkin sudah berusia 36 tahun. Namun penjaga gol dari kelab Sevilla ini masih beraksi baik setakat ini bersama pasukannya. Palop belum pernah beraksi untuk Sepanyol, namun pengalamannya sebagai penjaga gol utama Sevilla, Valencia, dan Villarreal adalah sangat berharga. Palop jarang dilihat sebagai nama besar bagi posisi ini, mungkin kerana itulah dia gagal bersaing untuk posisi ini dalam pasukan kebangsaan.

Atletico Madrid memiliki dua orang penjaga gol utama yang sangat-sangat muda. Kedua-dua mereka memiliki pengalaman beraksi bersama pasukan remaja Sepanyol. Penjaga gol utama, Sergio Asenjo, kini sudahpun menjadi nama besar yang mula dikaitkan dengan beberapa kelab terkemuka dunia. Pilihan utama untuk pasukan bawah 21 tahun Sepanyol, pemain yang baru berusia 20 tahun ini boleh dibawa ke Afrika untuk pendedahan awal.

Penjaga gol muda kedua Atletico, iaitu David de Gea kini sudah berjaya menyaingi kedudukan Asenjo, hanya kerana kesilapan penjaga gol utama itu pada November lalu. Kini de Gea sudah boleh berbangga kerana semakin kerap diletakkan dalam kesebelasan pasukan yang masih bersaing dalam Liga Europa itu. Penjaga gol berusia 19 tahun ini adalah pilihan utama bagi pasukan bawah 19 tahun Sepanyol. Peluangnya mungkin cerah untuk siri Piala Dunia yang akan datang.

Beberapa nama lain seperti Cesar Sanchez (Valencia, 38 tahun), Gorka Iraizoz (Athletic Bilbao, 29 tahun), dan Daniel Aranzubia (Deportivo la Coruna, 30 tahun), kini semakin malap dari persaingan bagi tempat dalam pasukan kebangsaan. Faktor usia dan status kelab memberi sedikit nafas kepada jurulatih untuk hanya memilih senarai pendek yang di atas.

Thursday, 1 April 2010

Perginya Seorang Pakar Lawak

Gambar ehsan mstar.com.my

Din Beramboi meninggal dunia

02/04/2010 1:50am

KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan


Innalillahi wa inna'ilaihiraji'un. Mendengarkan khabarnya jatuh sakit sehingga koma sahaja sudah begitu mengejutkan saya. Inikan pula berita yang baru saya terlintas baca di Buletin Awani ulangan jam 2 pagi tadi. Tajuk utama berita yang dikeluarkan di bahagian bawah skrin menyatakan bahawa Allahyarham sudahpun kembali ke rahmatullah pada jam 12.30 pagi tadi.

Saya sejujurnya amat meminati individu ini sebagai seorang penghibur tulen. Allahyarham mampu melakukan lawak spontan dalam keadaan apa sekalipun, sewaktu hayatnya.

Kebetulan pula minggu lalu saya begitu asyik meluangkan masa sepanjang waktu tengah malam hingga awal pagi dengan menonton rancangan terbitan Astro Warna, iaitu Spontan menerusi laman Youtube. Saya tidak melanggan pakej Mustika. Oleh itu saya tidak dapat mengikuti rancangan komedi ini di televisyen.

Sehingga hari Sabtu lalu, saya hanya sempat menonton Spontan dari episod pertama hingga episod ke-13. Saya begitu mengagumi bakat Allahyarham dalam berkomunikasi dengan penonton, dan juga rakan pentas. Aksinya sangat bersahaja.

Saya mengenali nama besar dunia komedi negara ini sejak dari usia muda lagi. Saya tidak ingat tahun itu. Tapi apa yang masih terpahat dalam ingatan saya, mungkin sampai bila-bila, ialah suara seorang insan dengan begitu bersahaja menyampaikan pantun lawak di corong radio. Pernah juga kami rekodkan ke dalam kaset (yang sudah hilang).

Ketika itulah nama Din Beramboi mula menjadi bualan rakan-rakan sekolah saya. Malah lawak-lawaknya juga turut menjadi ikutan untuk menghibur sesama rakan sekolah.

Diam buat beberapa ketika (mungkin saya yang tidak mengikuti perkembangannya), gelagat pelawak tersohor negara ini muncul kembali mengaktifkan kotak ketawa saya ketika Allahyarham bersama Afdlin Shauki dan Harith Iskandar di dalam Ah-Ha.

Kemunculannya di stesen radio Era mengembalikan seribu nostalgia. Suara yang sama muncul kembali di corong radio (kali ini bersama Aznil), tapi dengan lawak genre baru. Harus mengikuti arus perkembangan industri, Din kurang berpantun dan lebih banyak berinteraksi dengan Aznil, dan juga pemanggil.

Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham. Takziah juga saya ucapkan kepada industri hiburan tanah air yang kehilangan seorang lagi penghibur tersohor. Din Beramboi, ikon lawak Malaysia. Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan beriman.

Monday, 29 March 2010

Artis Adalah Penggiat Seni

Ikon rakyat Malaysia - Tun Dr Mahathir Mohamed

Saya tertarik untuk mengulas isi perbincangan yang dibangkitkan di dalam rancangan Fenomena Seni baru-baru ini. Topiknya ialah "Layakkah Artis Jadi Ikon?"

Topik ini berbangkit gara-gara kenyataan terbuka oleh seorang artis yang tidak kurang pengalamannya, Wardina Safiah. Wardina membuat kenyataan tersebut di sebuah majlis ilmu. Kenyataan pendek yang boleh disimpulkan daripada hujah beliau ialah, artis sememangnya tidak layak menjadi ikon masyarakat.

Namun, kontroversi berbangkit apabila laporan wartawan terhadap kenyataan Wardina disambut dengan persepsi negatif dari para pemain industri, terutamanya mereka yang cetek ilmu. Saya bukanlah ingin mempertikaikan tahap keintelektualan artis tempatan, tetapi mereka sendiri mendedahkan kedangkalan fikiran dalam memahami suatu konteks ayat yang mudah.

Saya menyokong kenyataan Wardina di atas, hanya kerana saya memahami apa yang dimaksudkannya, seperti juga orang lain yang mudah memahaminya. Saya pelik mengapa artis tempatan begitu mudah untuk keliru dua konteks perkataan yang kerap digunakan sehingga dirasakan kedua-duanya adalah sama.

Dua perkataan yang saya maksudkan ialah 'ikon' (yang menjadi titik kontroversi) dan juga 'idola'. Sepatutnya dua perkataan ini mudah untuk mereka bezakan. Malangnya, host rancangan ini, iaitu Rosyam Nor sendiri kerap kali terkeliru.

Beliau kerap kali memetik sebagai berkata "ikon atau idola" apabila memberi soalan kepada panelnya. Dia merasakan seolah-olah kedua-dua perkataan tersebut membawa erti yang serupa, atau paling tidak pun hampir sama. Sedang penjelasan ringkas Wardina terhadap definisi ikon itu sahaja sudah cukup untuk menolak persamaannya dengan konteks perkataan idola.

Wardina dengan bijak memberi gambaran mudah yang digunapakai setiap hari, bagi memudahkan pemahaman penonton. Katanya, ikon - seperti yang terpampang di skrin komputer - adalah perwakilan bagi memudahkan mereka memahami tujuan dan fungsi setiap yang diwakilkan.

Maka, persoalan ikon perlu dirujuk bersama perkumpulan yang diwakilkan. Topik ini adalah lemah dari segi harfiahnya kerana gagal memberi pemahaman yang cukup buat ahli panel untuk menjawabnya. Kekeliruan yang berlaku kepada sang perantara, ditambah lagi dengan persoalan "ikon kepada apa?"

Sebagai contoh, ikon kepada bolasepak Malaysia ialah Allahyarham Mokhtar Dahari, ikon kepada skuasy ialah Datuk Nicol David, ikon kepada tenis antarabangsa ialah Roger Federer. Sesetengah ikon adalah muktamad, tiada tandingan berdasarkan pencapaian mereka. Namun ada juga ikon yang dipilih daripada beberapa pilihan yang terdapat saingan.

Persoalannya mudah. Isu yang dibangkitkan oleh Wardina ialah artis tidak layak menjadi ikon masyarakat. Ayatnya lengkap. Titik fokus bukan pada artis, tetapi kepada 'ikon masyarakat'. Hujahnya cukup, dan tidak mungkin dapat disangkal. Begitu juga dengan hujah penulis lirik, Habsah Hassan. Hujah mereka hampir sama dan mudah untuk difahami.

Artis tidak layak menjadi ikon kepada masyarakat kerana untuk menjadi ikon masyarakat, bukan calang-calang orang. Malah 'masyarakat' juga ada konteks yang perlu diperjelaskan. Masyarakat (Community) yang bagaimana? Bandar atau luar bandar? Miskin atau kaya? Profesional atau peniaga? Etnik? Agama? Semua itu adalah perkumpulan masyarakat.

Maka, ianya harus diperjelaskan dengan tepat, dikhuatiri ramai yang tersalah erti. Kalau ikon kepada masyarakat luar bandar, siapakah dia? Wajarkah artis menjadi ikon mereka? Tidak. Ikon kepada masyarakat luar bandar pilihan saya ialah Tun Ghafar Baba. Mungkin bagi orang lain, pilihannya lain. Yang pasti ikon tersebut bukan artis.

Ikon kepada masyarakat bandar pula? Bagi saya ianya sudah pasti Tun Mahathir Mohamed, atas jasanya membangunkan Kuala Lumpur.

Oleh yang demikian, perkumpulan yang bagaimana dapat diwakili oleh para artis? Mereka hanya boleh menjadi ikon kepada kumpulan mereka. Maksudnya, jika mereka seorang pelakon, maka mereka bolehlah bersaing untuk menjadi ikon kepada pelakon. Pelakon juga ada banyak cabangnya. Bagi pelakon drama lelaki, maka ikonnya ialah Rosyam Nor, mungkin. Bagi penyanyi lagu balada lelaki, maka ikonnya ialah Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

Oleh yang demikian, para artis tidak seharusnya marah apabila dikatakan sebagai tidak layak untuk bergelar ikon masyarakat. Besar sangat anugerah tersebut untuk diberikan kepada seorang penghibur.

Mungkin jika diberikan anugerah 'idola' kepada artis adalah lebih tepat, kerana idola adalah individu yang sangat-sangat diminati atau disayangi. Maka artis tidak layak menjadi ikon masyarakat, tetapi mungkin layak untuk dijadikan idola masyarakat.

Friday, 19 March 2010

Undian Suku Akhir UCL 2009/2010


Jam 7 petang tadi, di Channel 813 Star Sports menayangkan siaran langsung upacara undian bagi pusingan suku akhir kejohanan UEFA Champions League 2009/2010. Undian dibuat oleh Setiausaha Agung UEFA, Gianni Infantino, dan wakil untuk tuan rumah final Madrid, Emilio Butragueno. Butragueno adalah salah seorang legenda Real Madrid.

Undian menyaksikan 4 pasukan terkemuka dunia bakal berhadapan sesama sendiri pada perlawanan pertama yang bakal berlangsung 30/31 Mac ini, dan perlawanan kedua pada minggu berikutnya. 4 pasukan yang saya maksudkan ialah Bayern Munich, Manchester United, Arsenal, dan juara bertahan Barcelona.

Bayern bakal berhadapan dengan pasukan yang menumbangkan mereka pada perlawanan paling diingati, final UCL 1999. Pasukan itu adalah Manchester United. Saya masih ingat suasana ketika menonton perlawanan tersebut di rumah pakcik pada usia 14 tahun. Rata-rata yang menyaksikan bersama saya adalah penyokong kuat United. Kecuali saya yang lebih mengharapkan permainan cantik kedua-dua pasukan.

Bayern mendahului sehingga 90 minit permainan, hasil jaringan sepakan percuma Mario Basler (yang kemudiannya diumum sebagai pemain terbaik perlawanan) yang terbias benteng. Selepas jaringan tersebut, yang diperoleh pada separuh masa pertama, Bayern terus menguasai perlawanan sehingga minit ke-90.

Separuh masa kedua menyaksikan Oliver Kahn membuat beberapa aksi menyelamat. Kesemua pemain Bayern tampak sudah bersedia untuk merai kejayaan apabila usia perlawanan cukup 90 minit. Pegawai perlawanan mengumumkan 3 minit masa kecederaan, ketika United berjaya memperoleh sepakan penjuru. Teddy Sheringham merembat masuk gol pertama dari sepakan penjuru David Beckham.

Seminit kemudian United sekali lagi dianugerahkan sepakan penjuru pada penjuru yang sama. Watak yang sama bakal mengambil sepakan tersebut. Barisan pemain di dalam kotak juga adalah sama, kecuali penjaga gol United yang kekal di gawangnya pada kali ini. Sepakan penjuru versi kedua ini terus sampai ke kepada Sheringham yang menanduk tipis, dan bola tersebut ditolak masuk oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Kekalahan ini masih belum dapat diterima oleh Bayern sehingga sekarang. Di atas faktor dua jaringan penentuan di masa kecederaan, mereka turut ditewaskan oleh dua jaringan dari dua pemain yang masuk sebagai pemain gantian. Dua perlawanan timbal balik bagi kedua-dua pasukan pada edisi kali ini saya jangkakan bakal menyajikan perlawanan fizikal yang sedikit tegang.

Arsenal pula bakal berhadapan dengan juara bertahan, merangkap pasukan terbaik dunia, Barcelona. Barcelona pada edisi kali ini bukan sahaja gah sebagai pasukan terbaik dunia, malah turut memiliki seorang pemain terbaik Eropah dan dunia, Lionel Messi. Selain Messi, Barcelona turut memiliki Xavi dan Iniesta yang turut berada dalam senarai top 5 Fifa tahun lalu.

Pertembungan epik Arsenal dan Barcelona ini turut memiliki sejarahnya tersendiri. Tahun pertembungan ialah 2006, ketika Arsenal masih lagi memiliki barisan pemain yang cukup mantap. Malangnya kerancakan permainan terganggu oleh kad merah yang dikenakan kepada penjaga gol Arsenal, Jens Lehmann. Perlawanan diteruskan dengan corak bertahan oleh Arsenal kerana bermain dengan 10 pemain.

Dengan kedudukan perlawanan 1-1 sehingga minit ke-80 perlawanan, pemain yang baru dimasukkan 9 minit yang lalu, Juliano Belletti menjaringkan gol kemenangan Barcelona. Penghujung musim 2006 ini juga menyaksikan bintang Arsenal, Thierry Henry berpindah ke Barcelona dan dia masih kekal bermain sehingga kini. Malah, Fabregas juga dikatakan bakal berpindah ke Barcelona andai Arsenal gagal memperoleh sebarang gelaran musim ini.

Satu lagi perlawanan yang menarik bakal menyaksikan dua pasukan dari Perancis bakal bertembung sesama mereka. Lyon dan Bordeaux merupakan dua pasukan terbaik Perancis musim lalu. Mereka memiliki barisan pemain muda yang berbakat dan corak permainan yang berbeza.

Inter Milan pula mungkin sedikit lega selepas terpaksa menghadapi pasukan Chelsea pada pusingan 16 pasukan. Pusingan suku akhir menyaksikan mereka perlu berhadapan pasukan dari Rusia, CSKA Moscow. Penonton mungkin bakal disajikan dua perlawanan timbal balik yang pantas dan banyak larian, melihat kepada corak permainan menyerang kedua-dua pasukan.

Thursday, 18 March 2010

Kesimpulan UCL Round of 16


Dengan tamatnya dua lagi perlawanan semalam, bermakna selesai sudah pusingan 16 pasukan untuk UEFA Champions League 2009/2010. Beberapa keputusan menarik berjaya dicatat. Daripada 16 pasukan - 3 England, 3 Sepanyol, 3 Itali, 2 Perancis, 2 Jerman, 1 Rusia, 1 Portugal, dan 1 Greece - kini sudah disingkatkan menjadi 8 pasukan yang bakal beraksi untuk pusingan suku akhir.

8 pasukan tersebut ialah 2 dari England (Manchester United dan Arsenal), 2 Perancis (Lyon dan Bordeaux), Bayern Munich (Jerman), Barcelona (Spain), CSKA Moscow (Rusia), dan Inter Milan (Itali). Nama besar seperti Chelsea, AC Milan, dan Real Madrid gagal meneruskan kemaraan.

Manchester United menghadapi cabaran yang lemah dari AC Milan bagi kedua-dua perlawanan timbal balik. Lebih mengecewakan apabila Milan langsung tidak melawan bagi perlawanan kedua di Old Trafford apabila dibelasah teruk 4-0.

Arsenal pula diberikan peluang skeptik sepanjang kejohanan ini berlangsung setelah mereka kehilangan beberapa tonggak angkara perpindahan dan kecederaan. Namun, barisan muda Arsene Wenger ini membuktikan kemampuan mereka untuk mara lebih jauh dari ramalan ramai. Malah mereka ketika ini mampu untuk menjadi antara pencabar kejohanan liga England.

Lyon mengejutkan para penganalisis bolasepak apabila mengenepikan pasukan 'jutawan', Real Madrid. Setelah berbelanja besar untuk mendapatkan bintang-bintang bolasepak seperti Cristiano Ronaldo, Kaka, Xabi Alonso, Karim Benzema, Raul Albiol dan beberapa lagi nama besar, mereka tetap juga gagal menewaskan Lyon di kedua-dua gelanggang. Lyon yang kehilangan khidmat Benzema kepada Real, mempunyai barisan muda yang sangat-sangat seimbang di seluruh sudut padang.

Dengan corak permainan yang mereka persembahkan tempoh hari, saya menjangkakan Lyon mampu untuk pergi lebih jauh lagi untuk kejohanan ini meskipun kurang menyengat di peringkat domestik. Pemain muda seperti Hugo Lloris (penjaga gol), Aly Cissokho (pertahanan), Michel Bastos (tengah) dan Miralem Pjanic (tengah), berganding dengan beberapa pemain senior seperti Cris, Toulalan, dan Govou, berjaya membentuk sebuah pasukan yang mantap di setiap posisi.

Bordeaux, satu lagi pasukan dari Perancis berjaya di pusingan ini, dengan menewaskan lawannya, Olympiacos dari Greece. Perlawanan di kedua-dua gelanggang agak seimbang dengan Olympiacos turut memberi saingan sengit. Namun jaringan dari pemain yang dikaitkan dengan pasukan Arsenal, Marouane Chamakh, pada minit akhir perlawanan menamatkan sisa perjuangan lawan.

Bayern Munich mungkin bernasib baik ketika perlawanan pertama di tempatnya apabila pengadil membenarkan jaringan kontroversi Klose selepas dilihat berada di kedudukan offside. Jaringan tersebut membenarkan mereka untuk mendahului 2-1 sebelum ke Itali. Perlawanan di Florence menyaksikan semangat melawan disajikan oleh Fiorentina untuk penyokongnya.

Selepas berjaya mendahului 2-0 untuk sejam perlawanan, dan 3-1 kemudiannya, mereka gagal mempertahankan kedudukan apabila jaringan Robben menyebabkan mereka tersingkir dari saingan berikutnya.

Barcelona? Sudah pasti tempat mereka di suku akhir meskipun terpaksa bertungkus lumus di perlawanan pertama. Perlawanan kedua membuktikan kemampuan sebenar mereka. Meskipun tanpa tonggak perancang, Xavi, mereka tetap memberikan persembahan bak juara.

Pep Guardiola terpaksa mengubah formasi pasukan dengan bermain 4-4-2 pada perlawanan kali ini, memandangkan mereka perlu menjaringkan gol. Walaupun agak kekok menyaksikan mereka bermain dengan corak sebegini, namun tetap juga mereka bermain dengan cemerlang. Kejayaan membelasah Stuttgart 4-0, memberikan lebih kemanisan kepada pemain terbaik dunia, Lionel Messi yang menjaringkan dua gol.

Inter Milan pula mungkin terpaksa mengharungi cabaran paling sengit untuk pusingan ini. Perlu berhadapan Chelsea seawal pusingan 16 pasukan, mungkin memerlukan sedikit penambahan kekuatan dan faktor 'the special one'. Ternyata mereka memiliki kedua-duanya.

Barisan pertahanan dan penjaga gol Inter yang beraksi mantap, menambahkan lagi keyakinan keseluruhan pasukan. Jose Mourinho juga berjaya menumpaskan Carlo Ancelotti dari sudut taktikal, corak permainan, dan kawalan terhadap pemainnya. Corak permainan Chelsea yang tidak flexible, selain faktor kesilapan pertukaran pemain, dan mentaliti pemain yang mudah tertekan menyebabkan mereka gagal menembusi pintu gol Inter.

Sebuah lagi pasukan yang berjaya melangkah ke pusingan suku akhir ialah CSKA Moscow. Pasukan dari Rusia ini berjaya menumpaskan pasukan dari Sepanyol, Sevilla. CSKA walaupun menjadi antara pasukan yang tidak dijangkakan untuk mara sejauh ini, tetap bagi saya sebuah pasukan yang mempunyai barisan pemain yang hebat.

Dibarisi penjaga gol Rusia, Igor Akinfeev; kembar seiras yang juga antara pemain utama Rusia, Aleksei dan Vasili Berezutski; bintang utama mereka, Milos Krasic; dan penyerang berbahaya, Tomas Necid; CSKA berjaya mengatasi saingan daripada Sevilla.

Saingan pusingan 16 pasukan ini yang telahpun disudahkan pagi semalam (waktu Malaysia), bakal disimpulkan kepada 8 pasukan yang diundi sesama mereka pada hari esok (Jumaat). 8 pasukan ini bakal membentuk saingan pusingan suku akhir. Perlawanan akhir bakal berlangsung di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, Mei ini.

Saturday, 13 March 2010

Hari Yang Istimewa


Ketika saya sibuk melayari internet pada pagi semalam, telefon bimbit ayah berbunyi. Telefonnya berada di ruang tamu. Semua sudah lena diulit mimpi, sedang saya seorang saja yang masih berjaga. Maka sayalah individu yang perlu menjawab panggilan tersebut.

Lebih tepat lagi, panggilan masuk jam 4.05 minit pagi. Nama yang tertera sebagai pemanggil ialah sepupu saya, Kak Ita. Dalam hati saya terdetik, apa halnya Kak Ita hubungi ayah pada waktu begini? Kemudiannya baru saya teringat, Kak Ita sedang sarat mengandung. Mungkin dia memerlukan bantuan.

Betul tekaan saya. Kak Ita sedang kesakitan, dan memohon kami menghantarnya ke hospital. Dia ketika itu berada di rumah keluarganya di Cheras. Sedang saya berada di Keramat. Jarak perjalanan kira-kira 12 kilometer. Jarak masa bagi jarak perjalanan sedemikian ialah sekitar 20 minit.

Kami terus bertolak. Ibu dan ayah turut ikut. Misi kami ialah untuk sampai ke destinasi secepat mungkin dan menghantar Kak Ita ke hospital terdekat, iaitu HUKM. Kami tiba jam 4.30 pagi, dan terus ke HUKM selayaknya kenderaan ambulan.

Setelah selesai urusan di hospital, dan Kak Ita pun sudah ditempatkan di wad, kami pun segera pulang.

Jam 3 petang, kami mendapat panggilan dari Mak Lang (ibu Kak Ita). Dia memaklumkan Kak Ita sudahpun selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Kami sekeluarga segera ke HUKM untuk melawat 'orang baru'.

Monday, 8 March 2010

Lebih Bebas Daripada Biasa



Saya berada di Singapura ketika Majlis Kepimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat mengesahkan pemecatan YB Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin daripada parti. Berita tersebut hanya dapat saya akses pada hari Isnin (8 Mac 2010) kerana tiada connection di luar negara, selain tidak berkesempatan untuk mengikuti perkembangan berita tempatan apabila tiba di Johor kerana keletihan berjalan.

Zul sebenarnya sudah awal-awal lagi menyatakan instinctnya sebagai seorang peguam berpengalaman berkenaan kes ini. Beliau menyatakan kebimbangan betapa berkemungkinan besar konspirasi yang sudah disusun penghabisan kisahnya. Firaun-firaun kecil yang mempunyai tangan dalam menarikan boneka MPP PKR mengikut rentaknya, sudahpun seawal mungkin mahu memastikan Zul-empat-kulim ini dipecat dari parti.

Selepas disahkan bahawa tuntutannya berkenaan barisan panel Lembaga Disiplin yang perlu dihadapnya ditolak mentah-mentah, kini keputusan yang sudah dijangkakan itu menguatkan lagi spekulasi betapa PKR semakin 'bertangan'. Mana tangan-tangan yang bersembunyi itu? Siapakah firaun-firaun kecil yang hebat itu? Begitu hebatnya sekumpulan manusia ini sehinggakan dinyatakan gelaran tersebut pada setiap post Zul dalam blognya.

Zul tampak begitu geram dan berdendam dengan geng firaun kecil ini. Kita sebagai pemerhati, begitu yakin tak lama lagi akan terdedahlah senarai nama The Pharaohs. PKR sebagai tempat berlindung Zul selama lebih 10 tahun kini langsung tidak menghargai khidmatnya. Malah kini pemimpin yang tidak termasuk dalam senarai The Pharaohs, turut sama mendesak Zul melepaskan kawasan parlimennya.

Percubaan Zula untuk berjuang dari dalam telah digagalkan oleh segolongan manusia yang takutkan Islam. Saya pasti Zul seorang yang bijaksana dalam membuat keputusan. Sama ada memilih untuk mengekalkan kerusi tersebut, ataupun membebaskannya dan kembali bertanding untuk membuktikan pengaruhnya, itu terpulang di atas percaturan beliau dan penasihat-penasihatnya. Bagi saya, kedua-dua kutub pilihan itu tetap ada baik buruknya.

Yang pasti, kini beliau sudah separuh bebas. Belum pasti blok mana akan dipilihnya. Walaupun memilih untuk kekal bebas, namun tetap juga perlu memilih dalam setiap usul di Dewan Rakyat. Warnanya perlu jelas. Datuk Ibrahim Ali yang merupakan seorang MP bebas, memilih untuk berjuang dalam nada Melayu dan Islam. Saya fikir Zul boleh menuruti langkah Datuk Ibrahim sekiranya beliau belum bersedia untuk mendaftar di mana-mana parti.

Berhubung dengan parti barunya, saya fikir Zul bakal menghadapi dilema yang berpanjangan. Tidak banyak pilihan yang beliau ada. Hanya ada dua parti besar yang menjunjung perjuangan miripnya, iaitu parti Islam dan UMNO. Itu saja. A atau B. Nampak mudah, tapi bagi empunya diri, dia lebih sanggup untuk 'menduda' daripada tersalah pilih 'pasangan'.

Ramai yang melihat parti Islam sangat dekat dengan Zul. Perjuangannya digambarkan seperti cerminan kepada parti Islam di dalam PKR. Malah ada laporan menyatakan bahawa Zul pernah menjadi ahli parti Islam suatu ketika dulu sebelum menyertai rusuhan reformasi. Saya tak pasti kesahihan laporan ini. Namun, kisah u-turn Zul ke parti Islam turut dilaporkan beberapa blogger PKR.

Tapi saya yakin Zul lebih kenal siapa parti Islam. Zul lebih maklum corak politik dan perjuangan sebenar parti Islam ini sepanjang berkerjasama dengan mereka dalam pakatan. Tiada sokongan dari parti ini ketika Zul diasak dan ditekan berhubung keutuhan pegangannya terhadap apa yang diperjuangkannya. Parti Islam ini langsung tidak menunjukkan minat untuk menghulur bantuan mahupun sokongan kepadanya.

Tetapi, sejurus sahaja beliau dipecat, parti Islam ini dengan tidak semena-mena menghubungi Zul untuk suatu 'kekosongan jawatan'. Tak perlu hantar CV, tak perlu hadiri temuduga, tak perlu juga susah-susah tunggu panggilan telefon daripada HR.

Saya cuba meletakkan diri saya pada kedudukannya. Bagaimana saya ingin memilih parti ini sedangkan saya yang membuat laporan polis berkenaan kenyataan pemimpin parti ini, YB Khalid Samad yang disifatkan menghina Islam. Saya juga turut membayangkan, walaupun memilih untuk bersama parti Islam, namun saya tetap perlu untuk berkerjasama dengan rakan sepakatan, termasuklah Anwar, The Pharaohs, dan Lim Guan Eng. Ada beza?

Bagaimana pula dengan UMNO? Zul masih tetap benci pada UMNO. Tidak tahu apa puncanya. Mungkin saya perlu untuk study lebih lagi berkenaan sejarah YB ini. Namun, tahap kebenciannya pada UMNO ketika ini tampak semakin kurang jelas. Sama ada atas kesedaran dirinya, ataupun sekadar untuk meminta tempat berteduh untuk sementara waktu. Setakat ini UMNO Kulim Bandar Baru memberikan huluran persahabatan yang baik, iaitu bersedia untuk menyediakan sebuah pusat khidmat ahli parlimen untuknya.

Saya sedia memerhatikan perkembangan lanjutan berkenaan status individu hebat ini.

p/s: blom ade mood nk crite pasal vacation kt oversea (singapore).

Friday, 5 March 2010

Buku Kecil Berwarna Merah

Pagi tadi kami sekeluarga ke Jabatan Imigresen di Sri Rampai untuk memohon passport baru. Kami sekeluarga belum pernah memiliki sebarang passport kerana tidak pernah keluar negara. Tiba di pusat perniagaan Sri Rampai tersebut jam 10 pagi.

Lebih 20 orang kelihatan berada di ruangan koridor hadapan Jabatan Imigresen yang bersebelahan dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Mereka berada di ruangan tersebut bukan untuk melepak, sebaliknya menunggu giliran ke kaunter.

Kami tetap nekad masuk ke ruangan dalam jabatan tersebut untuk melihat keadaan dan suasana. Di ruangan dalam sahaja terdapat lebih 100 orang rakyat Malaysia sedang menanti angka giliran mereka dipanggil. Jika ditambah dengan yang berada di koridor, dan mungkin ada yang keluar makan dulu di kedai mamak, jumlahnya mungkin mencecah 150 orang.

Kami terpaksa beransur dari tempat itu, meskipun ayah sudah membayar tiket parking 50 sen. Rancangan kami ialah untuk ke Jabatan Imigresen di Putrajaya. Tak tahu di mana alamat tepatnya, namun tetap saja dicuba. Saya memandu ke Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Putrajaya kini sudah dilengkapi dengan papan-papan tanda jalan yang baik. Tidak seperti 2 tahun lepas. Nak pergi ke Alamanda pun susah. Tiada signboard.

Menurut alamat yang diberikan, jabatan yang dituju itu terletak di sebuah bangunan di Presint 14. Lokasi tepatnya tak dapat dipastikan. Kami beberapa kali tersalah arah dan tidak berjumpa destinasi sasaran. Presint 14 besar.

Akhirnya Garmin membantu juga apabila dapat mengesan bangunan tersebut. Kami tiba ke destinasi kira-kira jam 11 tengahari. Perkhidmatan foto dan fotostat disediakan di sana, memudahkan lagi proses permohonan.

Sempurna segala dokumen, dan borang pun sudah diisi, kami ke ruangan menanti giliran. Tak ramai orang. Berbeza sekali dengan suasana di Sri Rampai. Penuh sesak dengan manusia yang pelbagai ragam.

Proses kami selesai jam 12.30 tengahari. Kaunter menyerahkan sebuah buku kecil berwarna merah. Tak tebal pun. Ditambah dengan aksesori tambahan, iaitu cover buku berharga RM2. Kami semua sudah bersedia untuk menjengah dunia luar.

Saya secara peribadi, paling jauh pun sekadar ke Bintulu, Sarawak. Melawat UPM Bintulu sebagai salah satu program MPPUPM sesi 2005/2006, serta melawat pekan Bintulu yang meriah dengan aktiviti perniagaan.

Friday, 26 February 2010

Melawat Sunway Pyramid

Jam 4 petang, saya dan along keluar rumah. Saya memandu, seperti biasa. Arah yang dituju ialah Jalan Templer, Petaling Jaya. Tujuannya ialah untuk ke P1 Paddock, menyelesaikan dan menyudahkan segala yang bersangkutan.

Kami sudah menggunakan P1 w1max selama 5 bulan, setepatnya 4 bulan kerana bulan terakhir iaitu bulan ini perkhidmatannya tidak digunakan langsung. Pada 3 bulan pertama semuanya indah. Web surfing, downloading, streaming, segala hal yang bersangkut pada khidmatnya, semuanya cemerlang.

Masuk tahun baru, signal pada modem kerap kali tenggelam timbul. Kejap ada, kejap tiada. Kalau adapun, connectionnya begitu lemah. Hinggakan untuk buka yahoo atau google pun tidak mampu. Pada hujung bulan Januari, along telah menghubungi khidmat pelanggan P1. Menurut mereka, perkhidmatan di kawasan perumahan ini sedang dinaiktaraf. Ketika itu di kawasan ini tiada langsung coverage P1. Tapi bil yang datang tetap dalam jumlah yang penuh.

Masuk bulan Februari, situasinya tetap sama. Tiada perubahan. Connection tetap lemah, bil yang datang tengah bulan Februari tetap dalam jumlah yang penuh. Kami bertekad untuk terminate saja perkhidmatan P1 ini, kerana di rumah ayah sudah ada perkhidmatan Streamix yang sentiasa cemerlang.

Atas sebab itu jugalah petang tadi kami segera ke P1 Paddock, di Jalan Templer. Urusannya mudah. Malah kaunter pelanggannya tetap dibuka hari ini meskipun cuti umum. Bayaran untuk terminate, bersama-sama bil Januari yang tertunggak dilunaskan. Bil Februari dibatalkan kerana kami tidak menggunakannya langsung. Beban yang satu ini sudah dilepaskan.

Keluar dari perkarangan bangunan Packet One, kami berbincang seketika tentang hala tuju selanjutnya. Sunway Pyramid muncul dari paparan Garmin. Butang 'Go' ditekan. Maka, kami dibimbing terus menuju ke pusat membeli belah tersebut.

Selesai meletakkan kereta, saya secara rasminya menjejakkan kaki di pusat membeli belah tersebut pada usia 25 tahun 17 hari. Beraksi seperti seorang pelancong dari luar negara, saya merasa begitu kecil di antara deretan premis-premis perniagaan yang pelbagai dan tak terkira jumlahnya. Banyak. Dari dalam kaca bangunan, terlihat hujan lebat mencurah-curah di luar.

Di satu kawasan berbentuk bulatan, di aras terbawah, terdapat lebih kurang seratus manusia sedang bermain ice-skating. Semuanya, setiap seorang dari mereka boleh saya lihat dari aras ketiga, iaitu aras G. Mungkin mereka semua mendapat semangat dari berlangsungnya Winter Olimpic di Vancouver, Kanada ketika ini.

Kami tidak ber'window shopping' kerana itu bukan kegemaran saya. Along faham yang saya akan bermasam muka sepanjang masa andai dipaksa melakukan kerja yang tidak berfaedah itu. Maka, setiap arah tuju di dalam 'piramid' itu perlulah beralasan yang jelas. Alasan yang dibuat adalah untuk mencari topi dan hoodies (atau upper-body jacket with a hood). Sasarannya ialah Billabong, Quiksilver, RipCurl, Nike, dan Everlast. Harga di premis-premis yang dinyatakan di atas sudah pastinya tinggi-tinggi belaka. Tawaran diskaun pula seolah-olah tidak mencantas satu dari tiga angka.

Kecewa dengan hakikat tersebut, kami tetap perlu mengisi perut kosong. Hati merungut, perut pun turut sama merungut. Kami singgah sebentar di restoran makanan segera Popeye. Pertama kali mencubanya, mujur ekspektasi saya tidak begitu tinggi. Masih belum mampu menandingi McDonald's dan KFC (dari sudut makanan segera).

Selesai segala urusan di Sunway Pyramid, termasuk membayar parking ticket, kami beransur keluar. Ketika itu hujan sudah beransur reda. Telefon bimbit saya sudah kehabisan bateri, bermakna juga perkhidmatan Garmin tidak boleh digunakan. Kami pulang ke Kuala Lumpur berpandu pada papan tanda jalan.

Tiba di Jalan Tun Razak, kereta kehausan. Minyak diisi di Shell sebelah Pusat Darah Negara. Minyak kereta sudah diisi, kami belum mahu pulang. Along masih belum berpuas hati kerana belum menjumpai topi dan hoodies. Kami menuju ke Wangsa Walk kerana di situ ada RipCurl.

Tiba di Wangsa Walk kami terus menuju ke RipCurl. Malangnya, cawangan kecil ini mempunyai pilihan produk yang terbatas. Kami terus buntu. Perjalanan diteruskan di dalam pusat membeli belah ini. Kami menuju ke satu kawasan premis berhampiran dengan TGI Friday.

Ketika sedang asyik melihat sebuah premis menjual makanan, ibu jari kaki kiri saya tersadung pada belakang kasut along. Berlaku sedikit contact yang mengerikan pada kuku yang sedia patah itu. Tak perlu saya ceritakan bagaimana keadaannya ketika itu. Darah mula mengalir menyebabkan saya terhincut-hincut menuju ke tandas. Along segera membeli pembalut luka untuk membalut kuku tersebut sebagai langkah perlindungan sementara. Ibu jari kaki dibalut ketika rasa nyilu menyeka ke seluruh deria rasa.

Selesai urusan di Wangsa Walk, kami beransur pulang ke rumah.

Tuesday, 23 February 2010

Langkah Songsang Kementerian

Merujuk kepada laporan berita:

Stesen radio kini diwajib putar lagu baru artis tempatan

22/02/2010 8:08pm

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Mulai 1 Mac ini, semua stesen radio diwajibkan memutarkan lagu-lagu daripada album atau “single” terbaru artis tempatan untuk tempoh tertentu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Beliau berkata, langkah itu juga akan menjadi antara syarat pemberian lesen stesen radio dan beliau percaya pemegang lesen stesen radio tidak akan keberatan untuk mematuhi arahan itu.

Arahan itu akan dikuatkuasakan mengikut Seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 supaya stesen radio mempromosikan lagu-lagu tempatan memandangkan usaha itu didapati masih kurang diutamakan, katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sijil akreditasi kepada artis tempatan dalam bidang seni persembahan di Studio Sound Stage di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Jalan Hulu Kelang, dekat sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai tindakan drastik kerajaan mewajibkan stesen radio supaya memberi ruang kepada lagu baru tempatan, Rais berkata, tindakan itu diambil selepas beliau “terkejut” dengan perkembangan semasa yang disifatkannya sebagai “serong” dan tidak menyebelahi industri muzik tanah air. – Bernama


Reaksi dan komen dari presiden Persatuan Radio Komersil Malaysia (CRM), Datuk Borhanuddin Osman sudah pun diperolehi dan tersebar menerusi pelbagai media. Dalam reaksinya ketika berada di Delhi bagi menghadiri sebuah persidangan antarabangsa, beliau menyatakan betapa pihaknya terkejut dengan pengumuman tersebut.

Bagi saya pula, tidaklah mengejutkan sangat. Suatu ketika dulu Datuk Seri Dr Rais pernah membuat arahan yang lebih dahsyat dan tidak masuk akal berbanding yang terbaru ini. Beliau pernah mengarahkan setiap stesen radio berbahasa Melayu di Malaysia ini untuk memainkan lagu-lagu tempatan pada nisbah 90:10.

Ternyata tindakan tersebut gagal dilaksanakan kerana tidak praktikal. Stesen-stesen radio malah menyatakan bahawa permintaan dan selera pendengar adalah menjadi keutamaan dan sumber rating mereka.

Bagaimana mahu menjalankan perniagaan siaran radio yang hanya mengutamakan poket industri, tetapi membelakangkan selera pendengar? Adakah muzik di Malaysia bakal mengembalikan zaman kegelapannya semula?

Saya pernah membangkitkan situasi zaman kegelapan muzik Malaysia pada era 90-an. Era di mana rakyat disuap dengan lagu-lagu berkualiti rendah dan melemahkan fikiran. Bagi saya ketika itu mungkin ada campurtangan dari pihak-pihak yang mahu melemahkan akal orang-orang Melayu sehingga menyebabkan kejatuhan produktiviti bangsa, hanya dengan pengaruh muzik.

Hal yang sama berlaku pada kala ini, apabila industri perfileman negara kini sedang dimonopoli oleh seorang tycoon yang menguasai penerbitan filem negara. Saya tidak mahu menuduhnya sebagai penjahanam Melayu. Ianya tampak seolah provokasi perkauman, kerana yang saya rujuk itu ialah seorang yang berbangsa cina.

Beliau merupakan seorang penerbit yang menerbitkan sesebuah filem berbahasa Melayu tanpa mempertimbangkan hasil pembangunan moral mahupun pembangunan jati diri buat bangsa yang menontonnya. Maka terhasillah 2 hingga 3 buah filem dalam sebulan. Satu filem rugi tidak mengapa, kerana ada 2 yang lain yang pasti mendatangkan untung.

Baginya, kualiti tidak penting. Malah pengajaran mahupun penyampaian ilmiah juga tidak penting. Filem bukan untuk mengajar, filem untuk mengumpul kekayaan. Dengan itu, maka terhasillah puluhan filem dalam setahun, yang tidak mendapat sebarang pengiktirafan dari juri-juri festival filem tempatan. Anugerah tidak penting. Anugerah tidak mendatangkan kekayaan.

Filem-filem tempatan, baik mainstream mahupun underground film, terpaksa bersaing dengan lambakan filem tidak berkualiti terbitan orang kaya ini. Dominasi pasarannya ketika ini sudah terlihat. Industri perfileman negara kini terus berada dalam zaman kegelapannya.

Saya mohon penggiat filem underground untuk bangkit menembusi dominasi gila ini. Kegemilangan industri perfileman negara memerlukan keberanian dan kerja keras anda. Jadikan kejayaan pengamal muzik indie sebagai contoh dan pemangkin semangat. Mereka juga pernah berada dalam zaman yang sama seperti industri perfileman sekarang.

Kembali kepada isu yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Rais, saya rasakan itu bukanlah langkah yang rasional. Pihak radio terkejut dengan pengumuman tersebut. Maka logiknya, menteri tersebut tidak membawakan isu ini ke meja perbincangan dengan pihak yang sepatutnya, iaitu pengamal radio. Siapa yang lebih maklum berkenaan selera dan pasaran muzik tempatan kalau bukan pihak stesen radio? Apakah menteri lebih maklum?

Dengan penguatkuasaan tersebut, industri muzik tanah air akan cenderung untuk menyamai industri perfileman. Akan adanya dominasi pasaran, dan rakyat akan disuap dengan lagu-lagu yang wajib siar, walaupun tidak berkualiti. Lambakan lagu tempatan di radio akan mengurangkan persaingan di kalangan pemain industri kerana mereka akan merasakan bahawa produk yang cukup korum pun boleh masuk radio.

Monday, 22 February 2010

Ketika Ini...

Keadaan di rumah pada waktu ini agak bingit dek bunyi-bunyian rumit. Saya tidak dapat menumpukan perhatian dalam menghasilkan suatu artikel berdaya fikir.

Biasanya, rumah ini akan sedikit sunyi dan tenang selepas jam 12 tengah malam. Akan tetapi hari ini abang masih berjaga, dan memainkan muzik Korea berulang-ulang kali melalui laptopnya. Tahu-tahu sajalah, lagu-lagu Korea memang kebanyakannya diulang loop secara beberapa kali, sehingga habis lagu. Sama saja dari awal hingga habis. Membosankan. Sepatah katapun tak difahami.

Saya tetap mengadap komputer tanpa mampu meluahkan isi akal yang bernas. Segala yang difikirkan sebentar tadi lenyap entah ke mana.

Cedera di ibu jari kaki masih belum pulih. 70 peratus dari kuku yang mati sudah tidak lekat pada isi. Masih menantikan selebihnya, sebelum secara rasmi saya membenarkan kuku baru muncul.

Kereta mengalami masalah sebentar tadi, ketika ayah memandunya untuk mengambil abang pulang kerja. Temperature naik mendadak, namun stabil buat beberapa ketika. Hasil penelitian yang dibuat mendapati radiator kereta rosak dan perlu diselenggara. Mungkin esok. Bererti esok tidak boleh ke mana, kerana penyelenggaraannya mungkin memakan masa seharian suntuk (ada bahagian lain yang turut butuh selenggara).

Pagi ini hanya ada satu perlawanan siaran langsung bolasepak, iaitu perlawanan Liga BBVA Sepanyol di antara Valencia dan Getafe, jam 4 pagi nanti. Saya tidak mahu ketinggalan. Valencia ketika ini berada di tangga ketiga liga, terlalu jauh ditinggalkan oleh Barca dan Real sebagai pendahulu. Tetapi survival Valencia lebih kepada mempertahankan kedudukan ketiganya, yang sedang diasak oleh Sevilla. David Villa (Valencia) pula hanya ketinggalan satu gol dari pendahulu jumlah jaringan, Lionel Messi. Villa perlu menjaringkan gol untuk kekal bersaing dengan Messi yang sedang di kemuncak prestasi.

Getafe pula di tangga kelapan, 5 mata di bawah kedudukan keenam yang bakal menjamin tempat ke Europa League musim hadapan.

Maka, berjagalah saya sehingga tamat permainan, iaitu pada waktu subuh.