Friday 1 May 2009

Juara 8tv's OIAM

Seperti yang kalian sedia maklum, juara bagi One In A Million Season 3 adalah Tomok. Saya secara jujurnya bukanlah peminatnya. Malah bukan juga peminat mana-mana peserta OIAM untuk tahun ini. Alasan saya tidak begitu menyokong rancangan ini secara total adalah kerana saya menganggap mutu dan standard pertandingan sudah diturunkan.

Apabila menonton persembahan-persembahan kesemua peserta, saya menganggap kumpulan peseta pada kali ini agak lemah dari segi vokal. Memang persembahan masing-masing meletup, tapi vokal mereka dianggap tidak mencapai standard yang telah diletakkan oleh peminat. Kita sedia maklum bahawa OIAM adalah satu-satunya realiti tv yang paling telus melahirkan bakat seni suara yang baik. Tidak seperti realiti tv nyanyian lain yang lebih menumpukan pada 'kelas lakonan' semata-mata.

Tapi pada kali ini saya merasakan belum cukup puas. Seperti banyak kekurangan pada OIAM pada kali ini. Pertamanya, pemilihan peserta pada ujibakat. Pada kali ini dilihat seperti agak bias. Keduanya, kritikan juri selalu bercanggahan sesama sendiri. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Sedangkan pemerhati telah melabel kedua-duanya sebagai juri yang paling telus dan jujur dalam memberi kritikan. Kali ini Syafinaz agak bias pada beberapa peserta. Walaupun Paul banyak menegur kelemahan peserta, Syafinaz kerap kali dilihat mempertahankan peserta favouritenya.

Berbalik kepada juara OIAM Season 3, iaitu Shah Indrawan bin Ismail atau Tomok. Saya ingin membangkitkan persoalan mengenai hala tujunya yang telah diatur oleh pihak 8tv. Setelah bergelar juara, apakah beliau akan bergerak solo atau kembali bersama kumpulannya? Sekiranya beliau kembali bersama kumpulannya, adakah beliau mampu untuk melakukan transformasi pada kumpulannya? Mampukah beliau menerapkan popularitinya pada kumpulannya seperti yang telah dilakukan oleh Rich (AF4) pada Estranged? Kita tunggu dan lihat.

No comments: