Monday 18 May 2009

Barclay's Premier League 2009 Champions

Sabtu lalu, 16 Mei 2009, dengan baki 2 perlawanan untuk melengkap jadual, Manchester United hanya perlu seri satu daripada baki 2 perlawanan tersebut untuk menamatkan saki baki perjuangan Liverpool untuk gelaran liga pada musim 2008/2009. Pada perlawanan sabtu lalu, United terpaksa berhempas pulas bertahan ketika menentang Arsenal yang tidak dijangka akan memberi tentangan yang sengit.

90 minit diharungi tanpa sebarang gol untuk memberi satu mata penamat bagi United menjulang kejuaraan liga kali ke-18, menyamai rekod kemenangan liga bagi Liverpool. Kejuaraan ini juga merupakan kejuaraan kali ke-33 sepanjang 23 tahun karier Sir Alex Ferguson bersama United. Namun, ternyata Fergie pada usia 67 tahun masih belum puas dengan kejayaannya sejak tiba dari Aberdeen 23 tahun yang lalu. Beliau telah mula menyusun barisan United dengan beberapa pemain muda bakal muncul lebih kerap pada musim hadapan.

Bagi Liverpool pula, segalanya serba tidak menjadi bermula dengan kesilapan besar membeli Robbie Keane yang kemudiannya dijual semula ke Tottenham, kegagalan membeli Gareth Barry, beberapa siri kecederaan tonggak harapan iaitu Fernando Torres, dan beberapa keputusan mengecewakan menentang pasukan kerdil. Pengurus, Rafa Bernitez ternyata tidak mempunyai sebarang alasan di atas kegagalan demi kegagalan dalam merebut gelaran liga.

League Roundup akan menyusul apabila selesai kesemua jadual perlawanan liga.
Tahniah Manchester United.

p/s: still hoping young gunners to shine more next season.

No comments: