Saturday 16 May 2009

Akademi Fantasia Season 7

Saya mengikuti secara tidak serius Akademi Fantasia 7 (AF7) ini bermula pada minggu ke-2. Ketika itu saya melihat hanya seorang sahaja peserta yang berjaya menyerlah dari segi vokal memandangkan AF merupakan pertandingan berorientasikan nyayian. Peserta tersebut adalah Mohd Hafiz Mohd Suip, remaja berusia 19 tahun berasal dari Kuching. Dengan tepat andaian yang saya buat, Hafiz berjaya menjuarai pertandingan ini.

Pada awal musim ini, saya agak sinis melihat penganjuran AF 7 ini memandang kepada sejumlah besar peserta yang dilihat tidak boleh menyanyi (mengikut standard AF), mampu berada di atas pentas bersama yang layak. Saya tidak mahu membandingkan AF7 dengan OIAM3 kerana standard yang telah diletakkan oleh peminat dan krew penerbitan sendiri adalah berlainan.

Saya meletakkan standard AF7 pada takuk 6 daripada 10. Standard ini saya letakkan diawal musim sebelum bermula pertandingan berpandu kepada hasil pemerhatian terhadap standard pertandingan pada musim-musim yang lepas. Pada minggu ke-2, ketika melihat masih ramai peserta yang saya kategorikan sebagai tak layak masih kekal, saya menurunkan lagi standard AF7 kepada takuk 5 daripada 10.

Berbalik kepada pemenang AF pada kali ini, iaitu Hafiz, saya melihat peminat dan penonton AF pada masih ramai yang mengiktiraf bakat nyanyian yang ada padanya. AF masih mempunyai sinar harapan untuk menjadi telus dalam memilih peserta terbaik dari segi nyanyian, bukan tertumpu pada lakonan dan persembahan 100%.

Apapun kita tunggulah AF8 jika masih relevan untuk diterbitkan lagi.

No comments: