Sunday 14 September 2008

Football di mana-mana..

bola sepak malaysia seperti yg kita sedia maklum pada hari ini (15/9/2008) berada pada tahap yg paling memalukan sepanjang zaman. semuanya gara2 persembahan yg longlai serta kekurangan kemahiran. hasilnya pada ketika ini malaysia berada pada kedudukan ke-163 dunia mengikut ranking fifa. antara yg tercorot di kalangan negara asia tenggara. ketika negara2 jiran semakin maju di dalam sukan ini, malaysia tampak semakin hari semakin merudum. pentadbiran persatuan bola sepak negara telahpun dirombak. namun masih belum menampakkan sebarang kesan. faktornya, kerana yg bertukar adalah orang, idea dan prinsip masih sama dengan pemegang jawatan terdahulu. malang sungguh bagi pencinta bola sepak di malaysia sekiranya perkara ini tidak diambil serius. angan2 untuk pasukan malaysia bermain di piala dunia (seperti yg di'rancang') adalah mustahil biarpun 100tahun yg akan datang.

No comments: