Pada tanggal 27hb Mei 2009 akan berlangsungnya perlawanan akhir saingan UEFA Champions League (UCL) di antara wakil dari Sepanyol, FC Barcelona dan wakil England, Manchester United. Pada tarikh tersebut, semua mata peminat sukan seluruh dunia akan tertumpu pada venue perlawanan iaitu Stadium Olimpico di Rome, Itali. Kedua-dua pasukan mempunyai banyak kenangan di stadium ini di peringkat Eropah.
Di antara kedua-dua pasukan ini, United dilihat lebih berpeluang cerah untuk memenangi perlawanan kerana status pasukan yang diberitakan bebas dari kecederaan pemain-pemain utama. Kecuali Darren Fletcher yang digantung satu perlawanan gara-gara kad merah yang diperolehi ketika aksi menentang Arsenal di perlawanan separuh akhir kedua, rata-rata pemain utama United sudah bersedia untuk penentuan akhir tersebut.
Barca sebaliknya menghadapi masalah kecederaan dan penggantungan kebanyakan pemain utama, terutamanya di barisan pertahanan. Pertahanan kiri dan kanan, Eric Abidal dan Dani Alves digantung untuk perlawanan. Abidal digantung akibat kad merah yang diperolehi ketika menumpaskan Chelsea di separuh akhir manakala Alves mengumpul kad kuning ketiga kejohanan.
Pemain pertahanan Barca, Rafael Marques dan Pemain sayap kiri, Thierry Henry dijangka tidak akan diturunkan pada perlawanan itu nanti akibat kecederaan. Sementara penjaring gol minit akhir ketika menumpaskan Chelsea, Andres Iniesta masih diragui akan diturunkan kerana status kecederaannya masih belum dikenal pasti.
Barisan kemungkinan:
Barca: Valdes; Puyol, Toure, Pique, Sylvinho; Busquets; Messi, Xavi, Keita, Iniesta; Eto'o.
United: van der Sar; O'Shea, Ferdinand, Vidic, Evra; Park, Carrick, Scholes, Ronaldo; Rooney, Tevez.
Prediction: Barca 1 United 3
No comments:
Post a Comment