Sekali lagi Internazionale ditabalkan sebagai juara Italian Serie A dengan baki perlawanan tinggal lagi 2 perlawanan. Inter yang pada kali ini diperkuatkan dengan tactical mastermind, Jose Mourinho berjaya mengatasi pencabar terdekat sebanyak 10 mata dengan keduanya memiliki baki 2 perlawanan. Jarak mata pendahulu liga ini menggambarkan betapa persaingan liga pada musim ini tidak begitu rancak.
Ramai yang sudah menjangka betapa kekuatan Inter pada musim ini bakal dicemburui lawan. Meskipun AC Milan diperkuatkan oleh beberapa muka baru seperti Ronaldinho, David Beckham dan Mathieu Flamini, tetapi mereka sekadar selesa di tempat kedua mengatasi Juventus yang baru memecat pengurusnya, Claudio Renieri.
Dengan beberapa rombakan besar bakal berlaku pada Inter, dijangkakan persaingan Serie A akan lebih terbuka pada musim hadapan. Namun apa yang diharapkan kedudukan liga dari Itali ini akan mampu ditingkatkan semula selepas dilihat merosot dari segi tarikan penonton dan persembahan longlai di peringkat Eropah.
League Roundup akan diulas selepas selesai kesemua jadual perlawanan liga.
Tahniah Internazionale.
p/s: sinking roma, but their stadium will be used in ucl09 final.
No comments:
Post a Comment