Monday, 18 May 2009

Italian Serie A Champions

Sekali lagi Internazionale ditabalkan sebagai juara Italian Serie A dengan baki perlawanan tinggal lagi 2 perlawanan. Inter yang pada kali ini diperkuatkan dengan tactical mastermind, Jose Mourinho berjaya mengatasi pencabar terdekat sebanyak 10 mata dengan keduanya memiliki baki 2 perlawanan. Jarak mata pendahulu liga ini menggambarkan betapa persaingan liga pada musim ini tidak begitu rancak.

Ramai yang sudah menjangka betapa kekuatan Inter pada musim ini bakal dicemburui lawan. Meskipun AC Milan diperkuatkan oleh beberapa muka baru seperti Ronaldinho, David Beckham dan Mathieu Flamini, tetapi mereka sekadar selesa di tempat kedua mengatasi Juventus yang baru memecat pengurusnya, Claudio Renieri.

Dengan beberapa rombakan besar bakal berlaku pada Inter, dijangkakan persaingan Serie A akan lebih terbuka pada musim hadapan. Namun apa yang diharapkan kedudukan liga dari Itali ini akan mampu ditingkatkan semula selepas dilihat merosot dari segi tarikan penonton dan persembahan longlai di peringkat Eropah.

League Roundup akan diulas selepas selesai kesemua jadual perlawanan liga.
Tahniah Internazionale.

p/s: sinking roma, but their stadium will be used in ucl09 final.

Spanish Primera Division Champions

Pada 17 Mei 2009, FC Barcelona ternyata tidak perlu lagi menambah sebarang mata apabila pencabar terdekat yang juga musuh tradisi, Real Madrid kecundang 2-3 kepada Villarreal. Keputusan tersebut sekaligus menamatkan terus harapan Real untuk terus memberi tekanan kepada Barca.

Namun, disebalik kegembiraan Barca menyambut kekalahan Real itu, pada keesokan harinya, dengan dibarisi pasukan simpanan (kecuali Dani Alves, Samuel Eto'o dan Eric Abidal), Barca turut kecundang kepada Mallorca. Akan tetapi kekalahan tersebut tidak memberi sebarang kesan ke atas kejuaraan liga yang sudah pun menjadi milik Barca.

Barca pada musim ini dilihat sebagai sebuah pasukan yang mantap di sebalik mengalami masalah pada penghujung musim akibat kecederaan beberapa pemain utamanya. Perkara ini turut membimbangkan jurulatih muda yang baru sertai pasukan pada awal musim, Pep Guardiola. Guardiola pasti bakal menghadapi masalah dalam memilih barisan utama menentang juara hattrick liga Inggeris yang juga juara bertahan EUFA Champions League pada aksi akhir 27 Mei ini.

League Roundup akan diulas apabila selesai kesemua jadual liga.
Tahniah FC Barcelona.

p/s: more money to be spend by real to overcome barca next season.

Barclay's Premier League 2009 Champions

Sabtu lalu, 16 Mei 2009, dengan baki 2 perlawanan untuk melengkap jadual, Manchester United hanya perlu seri satu daripada baki 2 perlawanan tersebut untuk menamatkan saki baki perjuangan Liverpool untuk gelaran liga pada musim 2008/2009. Pada perlawanan sabtu lalu, United terpaksa berhempas pulas bertahan ketika menentang Arsenal yang tidak dijangka akan memberi tentangan yang sengit.

90 minit diharungi tanpa sebarang gol untuk memberi satu mata penamat bagi United menjulang kejuaraan liga kali ke-18, menyamai rekod kemenangan liga bagi Liverpool. Kejuaraan ini juga merupakan kejuaraan kali ke-33 sepanjang 23 tahun karier Sir Alex Ferguson bersama United. Namun, ternyata Fergie pada usia 67 tahun masih belum puas dengan kejayaannya sejak tiba dari Aberdeen 23 tahun yang lalu. Beliau telah mula menyusun barisan United dengan beberapa pemain muda bakal muncul lebih kerap pada musim hadapan.

Bagi Liverpool pula, segalanya serba tidak menjadi bermula dengan kesilapan besar membeli Robbie Keane yang kemudiannya dijual semula ke Tottenham, kegagalan membeli Gareth Barry, beberapa siri kecederaan tonggak harapan iaitu Fernando Torres, dan beberapa keputusan mengecewakan menentang pasukan kerdil. Pengurus, Rafa Bernitez ternyata tidak mempunyai sebarang alasan di atas kegagalan demi kegagalan dalam merebut gelaran liga.

League Roundup akan menyusul apabila selesai kesemua jadual perlawanan liga.
Tahniah Manchester United.

p/s: still hoping young gunners to shine more next season.

Saturday, 16 May 2009

Akademi Fantasia Season 7

Saya mengikuti secara tidak serius Akademi Fantasia 7 (AF7) ini bermula pada minggu ke-2. Ketika itu saya melihat hanya seorang sahaja peserta yang berjaya menyerlah dari segi vokal memandangkan AF merupakan pertandingan berorientasikan nyayian. Peserta tersebut adalah Mohd Hafiz Mohd Suip, remaja berusia 19 tahun berasal dari Kuching. Dengan tepat andaian yang saya buat, Hafiz berjaya menjuarai pertandingan ini.

Pada awal musim ini, saya agak sinis melihat penganjuran AF 7 ini memandang kepada sejumlah besar peserta yang dilihat tidak boleh menyanyi (mengikut standard AF), mampu berada di atas pentas bersama yang layak. Saya tidak mahu membandingkan AF7 dengan OIAM3 kerana standard yang telah diletakkan oleh peminat dan krew penerbitan sendiri adalah berlainan.

Saya meletakkan standard AF7 pada takuk 6 daripada 10. Standard ini saya letakkan diawal musim sebelum bermula pertandingan berpandu kepada hasil pemerhatian terhadap standard pertandingan pada musim-musim yang lepas. Pada minggu ke-2, ketika melihat masih ramai peserta yang saya kategorikan sebagai tak layak masih kekal, saya menurunkan lagi standard AF7 kepada takuk 5 daripada 10.

Berbalik kepada pemenang AF pada kali ini, iaitu Hafiz, saya melihat peminat dan penonton AF pada masih ramai yang mengiktiraf bakat nyanyian yang ada padanya. AF masih mempunyai sinar harapan untuk menjadi telus dalam memilih peserta terbaik dari segi nyanyian, bukan tertumpu pada lakonan dan persembahan 100%.

Apapun kita tunggulah AF8 jika masih relevan untuk diterbitkan lagi.

Friday, 15 May 2009

Pre-Match UEFA Champions League Final

Pada tanggal 27hb Mei 2009 akan berlangsungnya perlawanan akhir saingan UEFA Champions League (UCL) di antara wakil dari Sepanyol, FC Barcelona dan wakil England, Manchester United. Pada tarikh tersebut, semua mata peminat sukan seluruh dunia akan tertumpu pada venue perlawanan iaitu Stadium Olimpico di Rome, Itali. Kedua-dua pasukan mempunyai banyak kenangan di stadium ini di peringkat Eropah.

Di antara kedua-dua pasukan ini, United dilihat lebih berpeluang cerah untuk memenangi perlawanan kerana status pasukan yang diberitakan bebas dari kecederaan pemain-pemain utama. Kecuali Darren Fletcher yang digantung satu perlawanan gara-gara kad merah yang diperolehi ketika aksi menentang Arsenal di perlawanan separuh akhir kedua, rata-rata pemain utama United sudah bersedia untuk penentuan akhir tersebut.

Barca sebaliknya menghadapi masalah kecederaan dan penggantungan kebanyakan pemain utama, terutamanya di barisan pertahanan. Pertahanan kiri dan kanan, Eric Abidal dan Dani Alves digantung untuk perlawanan. Abidal digantung akibat kad merah yang diperolehi ketika menumpaskan Chelsea di separuh akhir manakala Alves mengumpul kad kuning ketiga kejohanan.

Pemain pertahanan Barca, Rafael Marques dan Pemain sayap kiri, Thierry Henry dijangka tidak akan diturunkan pada perlawanan itu nanti akibat kecederaan. Sementara penjaring gol minit akhir ketika menumpaskan Chelsea, Andres Iniesta masih diragui akan diturunkan kerana status kecederaannya masih belum dikenal pasti.

Barisan kemungkinan:
Barca: Valdes; Puyol, Toure, Pique, Sylvinho; Busquets; Messi, Xavi, Keita, Iniesta; Eto'o.
United: van der Sar; O'Shea, Ferdinand, Vidic, Evra; Park, Carrick, Scholes, Ronaldo; Rooney, Tevez.

Prediction: Barca 1 United 3

Friday, 1 May 2009

Juara 8tv's OIAM

Seperti yang kalian sedia maklum, juara bagi One In A Million Season 3 adalah Tomok. Saya secara jujurnya bukanlah peminatnya. Malah bukan juga peminat mana-mana peserta OIAM untuk tahun ini. Alasan saya tidak begitu menyokong rancangan ini secara total adalah kerana saya menganggap mutu dan standard pertandingan sudah diturunkan.

Apabila menonton persembahan-persembahan kesemua peserta, saya menganggap kumpulan peseta pada kali ini agak lemah dari segi vokal. Memang persembahan masing-masing meletup, tapi vokal mereka dianggap tidak mencapai standard yang telah diletakkan oleh peminat. Kita sedia maklum bahawa OIAM adalah satu-satunya realiti tv yang paling telus melahirkan bakat seni suara yang baik. Tidak seperti realiti tv nyanyian lain yang lebih menumpukan pada 'kelas lakonan' semata-mata.

Tapi pada kali ini saya merasakan belum cukup puas. Seperti banyak kekurangan pada OIAM pada kali ini. Pertamanya, pemilihan peserta pada ujibakat. Pada kali ini dilihat seperti agak bias. Keduanya, kritikan juri selalu bercanggahan sesama sendiri. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Sedangkan pemerhati telah melabel kedua-duanya sebagai juri yang paling telus dan jujur dalam memberi kritikan. Kali ini Syafinaz agak bias pada beberapa peserta. Walaupun Paul banyak menegur kelemahan peserta, Syafinaz kerap kali dilihat mempertahankan peserta favouritenya.

Berbalik kepada juara OIAM Season 3, iaitu Shah Indrawan bin Ismail atau Tomok. Saya ingin membangkitkan persoalan mengenai hala tujunya yang telah diatur oleh pihak 8tv. Setelah bergelar juara, apakah beliau akan bergerak solo atau kembali bersama kumpulannya? Sekiranya beliau kembali bersama kumpulannya, adakah beliau mampu untuk melakukan transformasi pada kumpulannya? Mampukah beliau menerapkan popularitinya pada kumpulannya seperti yang telah dilakukan oleh Rich (AF4) pada Estranged? Kita tunggu dan lihat.

Masa Untuk Blogging

selama ni aku blogging kt cc je. umah xde connection. hari ni adalah hari yg kedua pasang wimax kt umah. so, bolehla aku blogging spuas2nya. byk bnda nk dikongsi ni. n byk bnda yg nk dikongsi beberapa bulan yg lepas, telah lupus dari ingatan aku. sebab daya ingatan aku lately ni makin lemah. so, dis is actually jus a mukaddimah yg spatutnya aku tulis masa awal2 blog aku ni dibuka. heh. enjoy reading. membaca kan baik untuk ingatan..