Apa yang dilakukan oleh A Samad Said ini? Apa yang difikirkan olehnya? Apa yang cuba dicapai? Inilah antara yang terkeluar dari benak fikiran saya apabila membaca laporan mengenai penglibatan Pak Samad membantu kempen pilihanraya parti Pas.
Ketika pejuang-pejuang bahasa yang lain sudah berpuas hati dengan tindakan Timbalan Perdana Menteri menarik balik perlaksanaan PPSMI, Pak Samad masih lagi menyimpan dendam. Saya kurang bersetuju dengan tindakannya pada kali ini. Mungkin beliau sudah termakan hasutan dari 'batu api' yang bermotifkan politik.
Meskipun anda seorang yang menentang keras perlaksanaan sistem ini, namun anda juga harus ingat bahawa sistem ini diperkenalkan ketika pemerintahan Pak Lah. Malah saya juga tidak fikir sistem ini diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran ketika iaitu DS Hishamuddin. Saya fikir ianya adalah idea dan desakan dari Pak Lah sendiri.
Namun segalanya beban ini diletakkan di atas bahu Menteri Pelajaran yang juga TPM. Malah beliau juga sudah begitu toleran dalam usaha menghentikan suara-suara yang menyalak bising ini. Sistem pendidikan negara tidak boleh diubah serta merta. Maka TPM menggesa pendesak-pendesak ini untuk bersabar kerana pemansuhan menyeluruh sistem ini hanya sempurna pada tahun 2012.
Akan tetapi, Pak Samad masih tidak berpuas hati. Hasil hasutan dan penokoktambahan dari pihak-pihak bermotif politik ini, Pak Samad seolah-olah ingin melepaskan geram terhadap kerajaan di pentas kempen Salleh Man. Beliau mengatakan kerajaan menghina bahasa melayu.
“Ia menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan (memartabatkan bahasa Melayu), yang mahu menenangkan (kemarahan ramai) di ketika-ketika tertentu.
“Bahasa Melayu itu diperhina terus,”kata beliau.
Sebenarnya Pas sudah merasa parti mereka diperkudakan oleh puak-puak anti-Islam dalam DAP dan PKR. Maka mereka cuba untuk memperkudakan beberapa NGO dan orang perseorangan semata-mata untuk menyelamatkan survival politik mereka. Pas sekarang ini begitu ditekan oleh umat Islam yang menyelar pemimpin-pemimpin mereka yang menghalalkan penghinaan terhadap Islam oleh sahabat pakatan mereka.
Pas juga dilihat seakan cuba untuk menyelamatkan 'proksi' yang mampu untuk digunakan di dalam survival politik mereka, iaitu Anwar Ibrahim. Pada ketika umat Islam yang berbangsa Melayu hebat mengutuk dan menyelar penasihat PKR yang disabitkan oleh rakyat atas kesalahan pengkhianatan, Pas tidak habis-habis mempertahankannya dan cuba untuk mengalihkan kesalahan pengkhianatan tersebut di bahu Umno.
Maka untuk menyabitkan Umno sebagai pengkhianat, Pas menggunakan isu PPSMI yang ternyata sudahpun diselesaikan. Untuk menghangatkan lagi kempen calon Pas di Permatang Pasir ini, Pas menjemput sosok yang sebelum ini tidak pernah dikotori oleh sebarang agenda politik.
Saya ingin menyentuh hal mengenai A Samad Said yang dahulunya sangat saya kagumi. Meski perwatakan dan penampilannya kurang disenangi ramai pihak, namun saya tetap menyanjungnya sebagai pejuang bahasa. Namun kebelakangan ini saya melihat Pak Samad lebih cenderung untuk memilih bulu dalam perjuangannya. Double standard sememangnya dihalalkan di dalam politik. Dan hal inilah yang terlihat pada tindak tanduk Pak Samad.
Pernahkah Pak Samad keluar membuat kenyataan terbuka menyelar tindakan kerajaan Pulau Pinang menukar papan tanda jalan dengan meletakkan bahasa cina di dalam senarai tersebut? Kenapa Pak Samad tidak bersungguh pada ketika itu? Kenapa apabila isu pengajaran Matematik dan Sains pula yang cuba dicampuri?
Perkara ini akan dijawab oleh benak fikiran Pak Samad dengan hanya sepatah perkataan sahaja iaitu politik. Poitik yang mengajar Pak Samad untuk melacurkan perjuangannya. Politik yang mengajar Pak Samad untuk melupakan jasa kerajaan terhadapnya dan juga terhadap bahasa Melayu. Pak Samad lupa semuanya kerana Pak Samad juga berbangsa Melayu. Melayu mudah lupa.
Semoga Pak Samad tidak turut campur menyertai Gereja Kristian memperjuangkan hak untuk menerbitkan Bible dalam bahasa Melayu atas alasan memperkasakan penguasaan bahasa di kalangan rakyat. Ini juga merupakan salah satu agenda politik yang diperjuangkan parti DAP untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu Islam di Malaysia.
4 comments:
salam
sangat menyedihkan apabila seorang tokoh sasterawan turut terikut2 dengan rentak pembangkang.Ini kerana pihak pembangkang dah takda isu lain untuk ditimbulkan jadi mereka akan terus memainkan benda2 yang sama.PPSMI,ISA etc2
ceteknya daya pemikiran dan daya pengolahan minda golongan2 yg gemar membangkang ini menerbitkan satu patah perkataan. dangkal. akal yg dangkal.
pertamanya, berkait isu ppsmi. pada pemikiran mereka, ppsmi ialah pengajaran dan pembelajaran maths dan sains dlm bahasa inggeris. pada pengolahan mereka pula, bermakna bahasa melayu sudah tidak digunakan dlm p&p maths n sains. tu je.
sedang kerangka sistem, tujuan dan objektif perlaksanaan sistem mereka tidak ketahui. kerana apa? mereka tidak mahu mendedahkan hakikat sebenar yg tentunya lebih positif berbanding yg dihebah2kan. sy sendiri berada di atas padang perjuangan menyebar ilmu ini. maka sy lebih maklum akan perkembangan anak bangsa berbanding org2 politik ini.
keduanya, berkait isu isa. pada pemikiran mereka, isa ialah akta keselamatan dalam negeri yg berkuasa menahan individu. pada pengolahan mereka pula, isa ialah akta yg menahan individu tanpa bicara. itu sahaja. suruh diolah lg isi kandungan akta mereka tidak tahu. suruh mereka hurai prosedur penahanan mereka tidak tahu.
sy sudah membaca secara lalu keseluruhan akta keselamatan dlm negeri ini. dan ternyata sgt2 relevan kepada negara malaysia yg aman dan makmur ini. saudara zharif seorang bakal pengamal undang2. mungkin saudara lebih arif mengenai hal ini. sy hanyalah seorang pembaca.
maka, apa yg terpancar dari suatu sudut kecil dalam minda sy, betapa sempitnya corak pemikiran dan pengolahan para pendukung pakatan ini. sy mungkin menyalahkan mereka walaupun yg menyebarkan dakyah itu adalah pemimpin2 mereka. namun, segala input dan maklumat yg diberi, harus difikirkan dan diolah dgn akal sendiri. akal yg dikurniakan ALLAH boleh menentukan yg mana haq, yg mana bathil..
beliau ( a.samad said) bakal menjadi calon pas tidak lama lagi mengikut jejak shahnon ahmad 'shit'.
maka wajarlah beliau mengubah gaya penampilannya bersesuaian dgn padang permainan barunya nanti. seorang yg dahulunya teguh pendirian dlm memperjuangkan bahasa melayu, kini melacurkan perjuangannya kepada pas.
shahnon shit ahmad sudah luput dlm kamus pejuang bahasa kita. itulah akibat dr melacurkan perjuangan.
Post a Comment