Monday 1 June 2009

UEFA Champions League final 2009

Keputusan: Barcelona 2 Manchester United 0
Eto'o 10'
Messi 70'

Perlawanan yang dijangkakan dikuasai United sebaliknya menjadi malapetaka bagi mereka. Pada perlawanan di Stadium Olimpik, Rome malam 25 Mei 2009, United menguasai pada awal 10 minit permainan. Pergerakan bola pantas di bahagian tengah berjaya mengkucar-kacirkan barisan tengah Barca yang hanya mampu mengejar bola.

Walaubagaimanapun, kekurangan idea daripada Critiano Ronaldo mengecewakan rakan sepasukan. Ronaldo yang diletakkan di posisi penyerang kerap kali mendapat bola dari bahagian tengah. Tetapi dia dilihat takut untuk mengatasi barisan pertahanan Barca apabila beberapa kali membuat rembatan jauh yang meliar.

United tersentak pada minit ke-10 permainan apabila Samuel Eto'o berjaya menewaskan Nemanja Vidic dan Edwin van der Sar dengan licik. Gol tersebut memberikan keyakinan kepada pasukan bimbingan pengurus muda, Josep Guardiola. Guardiola, 38, menjadi pengurus keenam berjaya merangkul piala tersebut sebagai pengurus dan pemain.

Selepas itu, Barca terus menggandakan asakan dengan beberapa lagi percubaan berbahaya sehinggalah wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan. Memulakan separuh masa kedua, Sir Alex Ferguson memasukkan Carlos Tevez bagi menambahkan bisa serangan. Tetapi ternyata gagal apabila United sebaliknya gagal menguasai bahagian tengah.

Pada minit ke-70, pemain yang dikatakan mempunyai kemahiran luar biasa, Lionel Messi menjaringkan gol yang sekaligus melenyapkan sisa-sisa harapan United. Jaringan menerusi tandukan - jarang dilakukanya, itu sangat menakjubkan apabila melihat barisan pertahanan United iaitu Rio Ferdinand, Vidic dan van der Sar yang kesemuanya tinggi dan tegap. Jaringan tersebut hasil daripada hantaran lintang pemenang tempat keempat pemain terbaik FIFA, Xavi Hernandez.

Pemain terbaik perlawanan adalah Lionel Messi.

p/s: Messi did well against Ronaldo.